Wednesday, July 04, 2012

Program makan yang best

Semenjak Jalan-Jalan Cari Makan dah tak berapa best, I memang dah tak layan. Tapi bermula minggu lepas, Iqram Dinzly dah jadi pengacara baru untuk program tu. Alhamdulillah! Cara dia makan pun tak meluat dan licin pinggan. Hehehe...  untuk program makan-makan, pengacara tu mesti seseorang yang enjoy makan. Bukan setakat makan 2-3 suap, lepas tu kata sedap. Tak payah tunjuk bibir muncung ke depan. Ye tak?

Selain Jalan-Jalan Cari Makan, I ada juga menonton program makan yang lain. Check it out.

Program : Makan Angin
Hari : Setiap Ahad
Masa : 8.30 malam



Program ini diacarakan oleh Faiz atau nama sebenarnya Adzriefaiz Adzlan. Sebenarnya, ni bukan program makan tapi lebih kepada makan angin. Faiz akan bawa kita menjelajah satu Malaysia (hingga ke kawasan kampung pedalaman) dan dalam masa yang sama, dia ni suka makan. So dia akan share makanan yang sedap-sedap dengan kita. Dia punya suka makan buat I rasa benda tu memang sedap. Batrisyia pun suka layan. Sekarang, kalau nak kata makanan tu sedap, Batrisyia akan tiru cara Faiz cakap, "Mmmm... dap!"

Program : Best in the World


Untuk pengetahuan, program ni dah habis Season 1. Season 2 bakal muncul di 8TV tapi masih belum ada hari dan masa. Pengacara program ini pula ialah Razif Hashim. I suka tengok sebab dia ni gila-gila sikit. Cara dia agak sempoi. Dia akan cover dari makanan di hotel dan restoran mahal sampai la ke gerai tepi jalan. Paling best, dia ni suka makan pedas. Tu yang minat tu!

Ni belum masuk program kat Astro. Lagilah minat tengok makanan dari luar. Eiii, kecur air liur!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.