Thursday, July 19, 2012

Perlukah pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah?

Vaaa… vaaa… vaaa…

Budak sekolah dah boleh bawa handphone ke sekolah? I tidak membantah penggunaan handphone tapi dibawa ke sekolah? Biar betul. Katanya sejajar dengan 'virtual teaching programme' dan banyak sekolah dah ada free WiFi, maka penggunaan handphone dalam proses pembelajaran sangat dialu-alukan.

For me, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Ok, memang betul lah… memudahkan pelajar menggunakan aplikasi yang boleh membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Tapi macam mana cikgu-cikgu nak pastikan pelajar tak salahgunakan kebenaran menggunakan handphone? Cikgu mengajar kat depan, dia sms kawan-kawan, guna FB, tweet. Benda ni dah boleh nampak sekarang. Kalau dah dibenarkan nanti, makin la susah nak kawal. Takkan la kerja cikgu nak merampas handphone je.

Lagipun, bukan semua orang boleh pakai handphone. Lebih-lebih lagi jenis smartphone. Ye la, kalau 'virtual teaching programme'. Manalah boleh guna pakai handphone biasa. Nanti yang takde handphone akan rasa rendah diri bila tengok kawan-kawan bawa handphone pergi sekolah. Yang pakai handphone biasa, rasa jealous tengok kawan-kawan yang pakai smartphone (lantas balik rumah merengek-rengek minta parents belikan smartphone). Silap-silap, ada yang berani mencuri handphone kawan-kawan. Handphone cikai bukannya boleh ber WiFi pun.

Umi, Tisya nak handphone. Kawan-kawan Tisya semua ada handphone. Susah Tisya nak belajar kat sekolah

Erk, perlukah dialog sebegini berlaku nanti? Sorry la nak. Selagi kamu belum berumur 18 tahun, insya Allah tiada handphone untuk kamu.

I tak nampak kepentingannya. Bukan semua pelajar ada handphone. So bila sampai waktu gunakan handphone tu, tidakkah yang takde handphone ni ketinggalan? Silap-silap, ada yang gunakan handphone untuk perkara yang tidak baik. Contohnya rakam video yang tak patut dan sebarkan. Lepas ni makin banyaklah video YouTube yang menunjukkan pelajar kena marah/rotan dalam kelas. Hehehe.. tak ke? Cikgu pun dah takde privacy nak mendidik pelajar.

Menteri yang bakal buat keputusan ni, tolonglah jangan setakat menjenguk sekolah bestari atau boarding school. Pelajar kat sekolah-sekolah tu masih boleh dengar kata dan ikut peraturan. Cuba ‘turun padang’ ke sekolah-sekolah biasa di mana pelajarnya agak tak makan saman: Datang sekolah tapi taknak belajar. Masuk kelas tapi berborak-borak tanpa pedulikan cikgu yang mengajar kat luar. Pelajar di sekolah macam ni yang agak bermasalah. Bayangkan kalau jenis mereka boleh bawa handphone ke sekolah? Sekarang ni pun dah boleh nampak. Pelajar curi-curi bawa handphone ke sekolah dan menyalahgunakannya. Kalau lepas ni mereka diberi ‘green light’ untuk bawa handphone, takut ia lebih membawa keburukan dari kebaikan.

4 scribble(s):

maisy said...

Betul2 kesian parent kalo mcm ni...Dina dah pakai phone..tp kat umah je la..bahaya lah..takut kene curi...tu pon kecik2 duk layan youtube n whatsapp je...kalo darjah satu kan..rasenye mmg tak jadi ape dah...cikgu sorg2 je ngajo kat depan...

Liz Rohaizat said...

maisya> tak tau la mcm mana boleh keluar idea macam ni. diorg ni mcm tak fikir panjang pulak. satu hal pulak cikgu nak marah budak bila guna handphone di masa yang tak sesuai

rakiah said...

betul 2..saya setuju ngn apa yang akak cakap..zaman kita dulu eleok je terdidik tanpa teknologi..x bermakna tanpa teknologi kita xleh berjaya dan x bermakna dengan teknologi kita double2 berjaya..

Liz Rohaizat said...

rakiah> zaman sekarang semuanya nak advance. tapi tak fikirkan orang yang susah. budak2 yang miskin, mesti rasa down tgk kawan2 lain bawa handphone

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.