Friday, July 13, 2012

Masih ada yang tak mampu makan di luar sana


My old friend berkongsi gambar di atas kat FB. Quite disturbing but in a good way. Sampai sekarang I teringat-ingat. Sambil masak kat rumah, teringat gambar ni. Tengok 2-3 jenis lauk terhidang atas meja, teringat gambar nie.Buat I bersyukur kerana I tinggal di Malaysia yang mempunyai pelbagai makanan, kesan daripada rakyat yang berbilang kaum.

Nak bulan Ramadhan ni, lagilah sedih tengok gambar tu. Terbayang bazaar Ramadhan yang ada pelbagai jenis lauk, kuih dan manisan untuk kita beli. I tak malu mengaku yang awal-awal Ramadhan, memang rambang mata. Sampai beli 3-4 jenis kuih. Semua nak rasa. Tapi lama-lama, boring juga kan?

Ramadhan kali ni, I taknak beli kuih banyak-banyak. Memadai satu jenis sehari. Lauk takpe. Selalunya memang masak sebab nak buat untuk sahur sekali. Hubby tak berapa lalu nak makan lauk beli untuk dibuat sahur.

Korang tenung gambar tu dan ingatlah setiap kali nak makan. Insya Allah, kita pun rasa malu nak membazir.

5 scribble(s):

nieda said...

rasa insaf..bersyukurlah kita duduk di negara yang aman.

Azizan Zolkipli said...

pengalaman saya ke India & China, sangat menginsafkan diri ini.

Sampai sekarang jika saya makan, tidak akan membazir, makan sampai habis dan tidak bermewah. Bila nak makan mewah2 aje, teringatkan orang2 susah.

moga perkongsian gambar ini akan menginsafkan kita semua ...

Liz Rohaizat said...

nieda> betul tu. kdg2 kita rasa hidup kita susah tapi ada lagi ramai yang lebih susah dari kita.

azizan> kat malaysia, senang nak dpt makanan. kalau malas masak, boleh beli kat luar. org luar negara yang datang ke malaysia akan terkejut tgk gerai2 makanan yang memang banyak di tepi jalan. belum lagi kedai mamak yang buka 24 jam.

bila kita dah pernah nampak org yang kebuluran, memang kita akan insaf dan tak membazir

fiza said...

Speechless...insaf aku tgk gambar nih.

Liz Rohaizat said...

fiza> sentiasa ingat gambar ni setiap kali makan. insya Allah kita pun malu nak membazir

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.