Monday, July 23, 2012

Hukum kanak-kanak berada satu saf bersama orang dewasa

Alhamdulillah, tahun ni dapat berterawih di surau/masjid setelah 3 tahun menunggu saat ni. Tahun 2008 tengah sarat mengandung, masih boleh ke masjid. Tahun 2009, 2010, 2011.. Batrisyia kecil pulak. Tahun lepas dapat la pergi 2 kali tapi Batrisyia meragam. Bukan nangis ke apa.. tapi masa orang nak solat, dia sibuk nak buang air besar. Lepas tu memilih toilet pulak. Taknak toilet kat masjid, nak toilet kat rumah!

Tahun ni lega sebab ada surau kat rumah. Depan rumah je. Pergi pun jalan kaki. Apa-apa hal, senang nak balik rumah. Batrisyia pun dah besar. Dia dah tau bawa diri. Orang solat, dia solat juga. Tapi bila dah penat, dia duduk tepi. Tak kacau orang pun. Lega sangat!

Best nya dapat berterawih secara berjemaah. Surau tu pun tak la besar mana. Jadi, ia sentiasa penuh dengan jemaah. Harapnya tidaklah jemaah makin susut. Kot-kot, perempuan dah berhenti pergi sebab nak buat kuih raya kat rumah. Sebab tu I buat kuih raya awal-awal. Pelan-pelan kayuh. Buat time weekend. Jadi masih boleh berterawih waktu malam. Lain rasanya dengan berterawih berseorangan di rumah. Teringat zaman sekolah dulu. Ramai-ramai berterawih kat dewan sekolah. Imam baca surah panjang sampaikan lenguh kaki makmum dibuatnya. Hehehe... kenangan manis kan?

Masa I berterawih di masjid 2 hari lepas, I tengok ramai ibu bawa anak ke masjid. Kalau 3 tahun dulu, boleh kira berapa orang bawa anak. Tahun ni ramai juga. Alhamdulillah. Elok kenalkan anak dengan masjid dari kecil agar dia jatuh cinta nak datang ke masjid selalu. Yang penting, anak tidak mengganggu jemaah. Ibu kena la pandai-pandai siapkan anak ke masjid. Jangan risau kalau terpaksa bersolat sebelah anak. Ye la, selalunya saf kanak-kanak dan dewasa diasingkan. Tapi sebenarnya tidak salah jika orang dewasa dan kanak-kanak bersolat dalam satu saf yang sama.


Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.h. beliau berkata: Maksudnya: Nabi s.a.w. bersolat dirumah Ummu Sulaim, Aku (Anas) dan seorang yatim mengikutnya bersolat dibelakangnya dan Ummu Sulaim dibelakang kami.

Ibn Abbas r.h. berkata:
Maksudnya: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya. Hadis riwayat al-Bukhari.


Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya. Hadis yang pertama Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w. maka sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat disebelah Nabi s.a.w.


Jom bawa anak bersolat di masjid!


3 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

semalam pun sempat sembahyang terawih , alhamdulillah walaupun Amani ni tak sembahyang tapi die boleh behave tgk mak dan kakak die sembahyang :)

~aYu~ said...

good info.. mmg cadang nak bawak anak 5 tahun gi tarawih malam ni..

Liz Rohaizat said...

kak ayu> baguslah kecil2 dah dedahkan amani dengan masjid. anak kecil mmg tak byk ragam kan?

ayu> cubalah bawa anak. siapkan bekalan dia jika perlu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.