Thursday, July 12, 2012

Gara-gara anak, I terlepas tiket percuma ke Overexposed Tour 2012

Petang semalam, macam biasa la. Kat dalam kereta mesti nak dengar Red.FM. Tapi semalam Terry dan Azura tak bersiaran. Lenny yang ganti. So layan-layan. Lepas tu singgah Cheras. Bila masuk balik dalam kereta, DJ lelaki pulak. Tapi I tak cam siapa. Dalam hati ingat, maybe diorang tukar waktu kot. Kelam kabut cari pengganti Terry. Ok la..

Then, DJ cakap nak bagi 2 tiket percuma ke konsert Maroon 5. Aik, Maroon 5 nak datang Malaysia ke? Macam mana I tak tau? Senang je nak dapatkan tiket tu. DJ keluarkan snippet 3 lagu Maroon 5 dan minta pendengar bagi tajuk ketiga-tiga lagu ikut turutan. Kacang goreng, bak kata budak-budak. Dah kata peminat setia kan? Malu la kalau tak dapat jawab.

So DJ kata, telefon lepas 5 minit. Berdebar-debar tunggu 5 minit tu. Then, I cuba call. Tak berangkat. Cuba lagi. Lepas tu ada orang angkat. Suara perempuan. Ok, maybe assistant dia kot. So borak-borak. Then, perempuan tu tanya. Kenapa call. I cakap la, I nak jawab soalan. Perempuan tu pelik. Dia tanya I nak jawab soalan apa? I cakap la, bukan nak bagi free tickets to Maroon 5 concert ke? Nak tau dia jawab apa?

"No. I'm giving away BoB CD!"

Erk, what? Then, I terfikirkan sesuatu. Damn! I minta maaf dan letak telefon. I duduk belakang, Tisya duduk kat depan.

"Tisya, Tisya tukar radio ke?"

"Aah" selamba je anak I jawab.

Huwaaaa, nangis dalam hati. I pandang ke arah radio. Rupanya dia buka Mix. FM.

Anyway, Maroon 5 is coming to Malaysia this September for "Overexposed Tour 2012"

Hari Khamis pulak tu. Why la weih? Kalau stadium Shah Alam tu sebelah rumah I, takpe la juga. Takpe... I nak ambil cuti. Harga tiket korang boleh tengok kat bawah:


Telan air liur tengok harga? I must go sebab dah 2 kali I terlepas concert mereka sebab Tisya masih kecil. Now anak dah besar panjang. I pernah bagi tau hubby yang kalau lepas ni mereka datang buat concert, I nak pergi. Dia kata "okay". So this time, I will go and no one can stop me :p

Untuk korang nak berminat nak beli tiket ke konsert tu, boleh check di sini.

Ada sesiapa tau mana nak dapatkan free ticket? Kalau ada contest ke.. let me know.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.