Wednesday, July 18, 2012

EDD : 18 July 2012

I ingatkan I dah lupakan perkara ni. Sungguh, I sendiri tak ingat EDD ni. Tapi I tau bulan July, hampir-hampir dengan tarikh lahir hubby. Baru-baru ni Batrisyia "mengemas" beg-beg lama. I terjumpa balik buku pink tu. Kalau I tak keguguran bulan November tahun lepas, mungkin anak kami lahir hari ini. Mungkin juga dia lahir beberapa hari lebih awal, seperti kakak dia yang lahir 12 hari lebih awal. Macam mana la rupa dia agaknya.

Sebak!

Orang mungkin pelik.. kenapa mesti sedih, kenapa mesti sebak.. sedangkan ketika keguguran, kandungan belum sampai usia 2 bulan. Hanya orang yang pernah keguguran saja yang tau perasaan ni. Baru dapat tahu pregnant, selang 2-4 minggu selepas tu, keguguran. Baru rasa happy, tiba-tiba perasaan tu direntap. Korang takkan tau perasaan tu melainkan korang sendiri pernah mengalaminya. Even suami pun mungkin takkan faham kenapa isteri masih nak bangkitkan hal tu. Lelaki takkan rasa apa-apa. Noktah!

This feeling won't go away. Some of us still feel sad about it  after 10 years! Untuk I yang dah merasa pengalaman tu sebanyak 2 kali, I sentiasa teringat dan bertanya, "What went wrong?".

What went wrong?

Ramai juga yang bersimpati dan memberi kata-kata semangat. Jangan sedih, si anak akan menunggu di syurga, katanya. Ustaz kata, kandungan yang keguguran, anak tu akan menunggu di Syurga dan mendoakan ibu bapanya agar dimudahkan masuk ke Syurga. Walaupun jambatan sebesar rambut, tetapi apabila doa Bidadari Syurga diterima, jambatan akan menjadi sebesar-besarnya agar mudah dilalui. Tapi, adakah ia merangkumi semua kandungan yang keguguran atau kandungan yang telah ditiupkan rohnya sahaja? Itu I tak pasti. Tapi jika benar, sekurang-kurangnya kami ada 2 orang anak yang menanti di Syurga.

Di sini I nak kongsikan doa yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada berlaku keguguran. Kita hanya boleh berusaha tetapi hanya Allah yang menentukannya. Ingat tu.

Doa diambil dari sini.

Surah Al-Hij'r(Batu Gunung)

Terjemahan:

Ayat 97 - Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Ayat 98 - Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadikan dari orang-orang yang sujud
Ayat 99 - Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

10 scribble(s):

CIK NANA said...

Liz, I rasa memang kaum wanita je yang akan emotionally teringat2 on the miscarriage thingy. Sbb we are the one who carry them inside. :) Macam my mom, still teringat2 2 of my siblings yang gugur waktu < 3 months even benda tue dah puluh2 tahun berlalu.

So, it is normal. And betul cakap u, u dah ada 'saham' di sana. And Allah knows best.

Untuk mengenang is OK, cuma jangan kesal.

izzah azfar said...

kak liz,

faham sangat sebab kita perempuan :)

zah tahu akak sangat kuat dan tabah..

Al-fatihah untuk bayi kecil itu.

Syigim said...

liz, kak baca first paragraph dah sebak...berat lg bahu yg memikul kan. alhamdulillah liz dah ade sorang puteri, berbanding dgn mereka yg masih lagi berdoa asking Allah for a first child. hang in there, sis! *hug*

Liz Rohaizat said...

Nana> betul. I ingatkan I sorang yang rasa macam tu tapi bila kenal orang lain melalui support group, ramai rupanya. ada yang dah berpuluh tahun pun masih teringat lagi.

Izzah> Thanks Izzah!

kak Syigim> janganlah sebak kak. yups, saya bertuah dah punya seorang anak. tapi bila tgk dia main sorang2, kdg2 berkepit dengan kita malam2 sambil tengok tv (sbb takde geng nak bermain), sedih la juga

halida said...

saya pun rasa sedih sgt skrg ni..smlm g cek up 12w doc ckp jantung bb tkde walaupun kelongsong nmpk cantik..tghhr smlm bleeding...g pakar doc ckp kompem jantung bb mmg tkde...sedihnya hati ni allah je tahu...sy minta tempoh hingga minggu br admit wad utk cuci...kt umah ni sy berdoa lau bkn ni rezki sy,sy redha...biarlah kelongsong ni kuar sblm sy g cuci rahim...huhuhu

Liz said...

Halida> Tabahkan hati. There's nothing more I can say because the pain in our heart won't go away over time. Kita hanya boleh pujuk diri kita dengan mengingatkan dalam hati bahawa Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

yatt-waldorf said...

As salam... Tiba2 je mlm ni sy teringin sgt nak google ttg apa yg jadi pd janin kalau kandungan tu keguguran. Baru hari ni saya tau yg saya ada 3 bidadari yg tgh tggu kat atas sana... Sebak n terharu sgt2 baca entry ni.. 3x gugur dlm masa 4 thn berkahwin.. Betul sgt2..org lain takkan pernah faham perasaan kita yg pernah keguguran.. Even suami sndiri pun x kan fhm.. Salah ke kalau kita teringatkan zuriat sndiri...? Alhamdulillah suami pun redha dgn semua ni.. Kali ketiga gugur bln mac 2013.. Mase tu baru msuk 5 minggu.. Mmg baru sgt2.. Tp yg paling sedih sbb sy saje2 register kat baby center.com n tak sangka tiap2 mggu dia akan update perkembangan baby dlm perut then emel kt saya... Dah lama tak buka email..bila buka je terkejut sgt babycenter.com send byk sgt update.. Tiap2 kali sy buka email msti berlinang air mata teringatkan si dia yg jauh kat atas tu.. Sebak sgt tp syukur sbb ni ujian utk saya.. At least kita ada saham kat sana, inshaaAllah.. Ada sorg ustazah bgtau sy, kalau rindu sgt2 pd anak tu, hadiahkan alfatihah tiap kali lepas solat.. Alhamdulillah sy berjaya hadiahkan utk mereka yg 3 beradik tu & air mata sy pun tumpah jugak dgn jayanya... Allahu

Liz said...

Yatt > Waalaikumsalam. Masa akan mengubati luka dalam hati tapi ia tetap berparut. Tak salah untuk selalu teringat anak/janin yang telah pergi. I am strong but sometimes air mata tumpah juga. Lebih-lebih lagi bila anak dah besar dan sibuk tanya bila dia nak dapat adik.

Mina Mi said...

Salam liz,
I pula baru je operation ectopic pregnancy last 3 weeks. Seriously ut was very shock for me , yela tu lah my first pregnancy and all of the sudden i have to remove the baby due to internal bleeding n doc nk selamatkan nyawa ibu..the sad part is on my birthday.. Tuhan je tahu perasaan i time tu..and until now i still menangis bila ddk sorang2.. Yes,husband xmampu fhm perasaan kitakan yg mengandungkan baby tu..time tu dh nk msuk week 10..and now i tgl sebelah tiub je yg tinggal,hopefully sgt bole cpt prgnant lg..kawan2 please doakan i ye..

Liz said...

Mina > Insya Allah jika diizinkan. I pernah baca cerita tentang woman yang berjaya pregnant walaupun hanya ada satu tube. Semuanya kehendak Allah. Kita cuba yang terbaik

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.