Friday, July 06, 2012

Cake banner

Minggu lepas, seorang officer kembali ke South Africa setelah 4 tahun berkhidmat di negara ini. Ada la makan-makan sempena farewell. Dia request buatkan Vanilla Cake.

Kali ini, I buatkan cake bunting/cake banner untuk dihias di atas kek. Pernah dengar cake banner? Kalau cake topper, kita selalu cucukkan atas kek. Cake banner ni dicucuk di atas kek juga tapi rupanya macam banner/ bunting. Kalau korang goole, banyak yang cantik-cantik.

Kat sini mungkin belum famous tapi kat luar, dah selalu sangat orang gunakan untuk hias kek.

Nak buatnya tak susah. Tapi memakan masa la juga. Hubby asyik perli I. Sementara tunggu kek masak, I buat cake banner ni. Dia buat muka pelik sebab I pegang gunting, gam, selotape dan benang. I tak dapat nak buatkan tutorial sebab masa tu busy nak snap gambar. Dah pukul 1 pagi! Tapi korang boleh jenguk tutorial kat sini: How to make cake bunting.

Sebab idea ni datang last minute, maka I grab apa yang ada kat tangan je. Tu pun tak sempat nak beli ribbon untuk lilit lidi tu.

Entah kenapa, I buat perkataan ni dulu 

Siap! 

A happy face!

Masa gambar diambil, tinggi betul hubby cucuk lidi tu. Hehe.. tapi lepas tu dia rendahkan bagi cun. Kalau korang nak hias kek dengan cake banner ni, cubalah. Buat design cantik-cantik. Tapi kek janganlah sarat sangat kot. Biar simple.

Nak buat pun, ikut senang korang la. I tak jahit pun banner tu. Simply kepitkan benang kat dalam banner tu dan gam. Ok juga kan?

2 scribble(s):

Mizz Coki said...

saya dah buat satu last week, guna felt utk wedding cake customer.

Liz Rohaizat said...

Mizz Coki> guna felt? mesti cantik!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.