Monday, July 16, 2012

Berebut di Pearl Haya Gallery

Dah sebulan setengah tak balik Seremban. So minggu lepas, kami balik ke sana. Wajib balik sebulan sekali. Kebetulan, nak sambut hari lahir Darwisy. Birthday boy orang lain tapi abang dia yang lebih. Abang dia request nak kek "Angry Bird". Terpaksa I telefon kedai kek dulu untuk pastikan ada kek Angry Bird. Dah sampai kat kedai, alamak... Angry Bird kaler kuning pulak. Dia nak kaler merah. Amboi, birthday siapa sebenarnya nie?

We had a nice celebration at Pizza Hut. Semua orang kekenyangan. Happy Birthday Darwisy!

Birthday boy paling hujung. Tak ambil port. 

Petang tu, pak ngah buka kolam dan budak-budak ni melompat masuk. Birthday boy tidur kerana kepenatan.
Bila Darwisy bangun, dia marah sebab orang lain mandi dulu. Tekad nak mandi bogel tapi lepas dipujuk banyak kali, baru dia pakai baju renang.


Lepas mandi kolam, semua sarung pyjama yang dibeli oleh mak masing-masing tapi kemudian tiba-tiba tokwan kata "3 pasang RM60? Ok la, tokwan belanja!"


Mungkin sebab terbawa-bawa dengan karakter Superman, mereka bertiga memang jadi "Superman" malam tu. Jenuh nak melayan sorang-sorang.

Pagi esoknya, si perempuan (kecuali Batrisyia) bangun awal pagi macam nak pergi kerja. Lepas solat, terus bersiap untuk ke Taipan Senawang.
Kat luar kereta gelap gelita. Jam kereta menunjukkan pukul 6.30 pagi

Ada apa bangun awal pagi?


1 DAY SALE di Pearl Haya. Bagi yang tak tau, Pearl Haya ni merupakan butik tudung yang terletak di Senawang. Ada satu cawangan je kat luar iaitu di Shah Alam. Diasaskan oleh pelajar SMAP Labu tapi batch atas. So I tak kenal. Mama tau la.

Kalau nak tengok tudung, boleh check FB Pearl Haya. Sale ni diberitahu last minute. Mereka tak gembar-gemburkan awal-awal. Members hanya diberitahu sekitar hari Khamis dan kat mereka beritahu di FB pada hari sale tu kalau tak silap.Jadi, mereka yang tau memang awal-awal pagi dah terpacak kat situ.

Pukul 6.40 pagi

Tu queue depan khemah tertutup. Belum lagi yang duduk kat kerusi di depan butik. Sebelum mereka bagi customer masuk pada jam 7 pagi, semua pekerja Pearl Haya berkumpul dan dapat taklimat dari ketua. Bukanlah taklimat. Tapi dah macam orang Jepun. Pagi-pagi sebelum mula bekerja, mereka akan berkumpul beramai-ramai dan ketua akan bagi kata-kata semangat agar pekerja bekerja dengan penuh dedikasi. ewahhh...

Sebelum masuk, sorang pekerja lelaki cakap, "Akak-akak... jangan merusuh ye". Semua orang senyum je. Nak dekat-dekat pukul 7, kami dibenarkan masuk.

Masih kosong. So senang juga la nak tengok-tengok tudung. Tapi...

5 minit kemudian

Masa ni dah ala-ala merusuh. Macam sardin. Dengan berhimpit nya. Masing-masing nak rebut tudung lawa-lawa. Ada yang pegang sampai berbelas helai tudung. Tudung-tudung tu display atas meja je. Tapi elok la dia susun. Ada 9,000 helai tudung dijual tapi mereka tak keluarkan semua. So bila stok atas meja tinggal sikit, baru la datang stok baru. So bila pekerja keluarkan tudung baru dari kotak, berebut-rebut orang ambil. Bayangkan, tak sempat tudung tu nak cecah meja!

Oh my God, I tak percaya benda ni berlaku depan mata I. Geram la sebab kita pun nak cari tudung juga kan? Sudahnya I pun kena sepantas kilat merembat tudung sebaik saja ia keluar dari kotak. Sebenarnya, I tak bajet nak beli tudung. I nak tengok gelagat orang je. Tiba-tiba mama cakap dia nak belanja. Ehem, apa lagi.... kitorang terus cari tudung raya.

Staffs memang peramah dan rajin tolong. Urm, maybe sebab pagi lagi kot. Tak tau macam mana menjelang petang sebab mesti dah penat. Tapi ok la, kita cakap je nak kaler apa, diorg akan tolong carikan kaler yang kita nak.

Pukul 7.45 pagi

Ingatkan nak balik tapi nak jenguk butik pulak. Kat dalam butik, mereka jual apparel dan tudung chifon. Ye la, kalau tudung chifon jual kat khemah, mau terkoyak!


Erk, ramai juga!

Sesak. So kitorang balik. Tak jadi nak belek-belek. Sampai rumah, Batrisyia tidur lagi. Bila dia bangun, dia terus mengadu. "Tadi Tisya bangun. Tisya tengok umi takde. Tisya nangis. Umi pergi mana?". Muka monyok. I teringat bakal maklang dia ada bagi hadiah tudung. Terus I keluarkan dan cakap, "Umi pergi beli tudung Tisya"

Little Haya. Price tag is RM 40. Kalah harga tudung I.
Bakal maklang kerja kat Pearl Haya. Merasa la ko nakk.

I baru bercadang nak let go tudung instant tapi sudahnya menambah koleksi pulak. Adehhh. Nasib baik tudungnya selesa. Senang nak jaga sebab boleh lipat kerana awning dia tak penuh sampai ke hujung. Bagus la. Takde la adegan wife geram sebab hubby terpenyekkan awning tudung. Kuikuikui.

Petang sebelum balik ke KL, kami singgah di kubur Atok.

 
Hadiahkan Al-Fatihah kepadanya dan kami bergerak pulang.

10 scribble(s):

nieda said...

Pagi2dah ramai beratur, harga mesti murah.

Liz Rohaizat said...

nieda> saya tak pernah beli sebab mahal. yang jenis reject pun mau rm60 kot. kalau jenis biasa, dengarnya harga rm80 ke rm100 lebih. yang jenis chifon, harga nak dekat rm200. tapi sale semalam, yang jenis biasa boleh dpt rm100 utk 3 helai dan rm100 sehelai untuk jenis chifon

peminat tegar pearl haya memang ramai yang datang sebab murah.

Irfa said...

saya beli tudung bawah rm30 je
itu pikir 16 kali..selalu pakai shawl..murah :)

Liz Rohaizat said...

Irfa> hikhik. sama la dengan saya. saya pakai tudung bawal je. instant pun cari yang murah-murah.

pearl haya ni memang mahal tapi ramai peminatnya sebab tudungnya selesa, cantik dan mudah dijaga.

yarnz said...

siapa bakal mak lang tisya yg keja kat pearl haya tu??boleh la order nih...ihihihihihihi

Liz said...

Yarnz> Hehehe... staff ada peruntukan juga. takde la sampai boleh beli 10 helai, semuanya dapat diskaun.

yarnz said...

best2...sbb saya slalu bli on9 jer...tu pun kena tambah pos rm20.00...jarang pulak ada diskaun2 kat website PH nih...;(

Liz said...

yarnz> kalau tak silap, member pun boleh dapat diskaun. apa kata awak jadi member. PH jarang ada diskaun tapi bila dia buat Mad Sale, awak kena pergi sebab memang murah!

yarnz said...

nie yg sedey nih...xble nak pegi time diaorg wat sale...jaoh sgt...saya kat swak...harga tiket pegi balik boleh dpt dlm berpuluh2 tudung PH...hehehehehehe

Liz said...

alamak yarnz, tak dapat nak tolong. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.