Tuesday, July 10, 2012

Bekalan kuasa 100 limau Sunlight selama setahun

Masa kat university dulu, I rajin masak kat rumah sewa. Masak dengan rakan serumah, memang best. Masing-masing pula datang dari negeri yang berlainan. Dapatlah merasa pelbagai lauk pauk yang kita jarang dapat makan sebelum ni. Kami mempunyai giliran memasak. So takde la banyak tangan mengerjakan dapur tu. Hehehe. Pernah sekali kawan I tegur. Dia perasan sesuatu. Kalau I masak, I jenis tak suka tinggalkan dapur berkecah. Tengah masak, sempat basuh pinggan kat dalam sinki. Lepas masak, terus bersihkan minyak yang terpercik di dapur. Urm, is that a good thing or bad thing? Am I a clean freak? Hahaha..

But I take it as a good thing. Rasanya benda tu turun dari mama I kot. Mama pun jenis tak suka penuhkan sinki dengan pinggan kotor. Sambil masak, sambil cuci pinggan. Ye la, sementara nak tunggu bahan dalam kuali tu masak, boleh la isi masa dengan mengosongkan sinki. Malah, adik-adik I pun diajar agar terus basuh pinggan/cawan selepas digunakan. Dapat pula kami ni orang dari negeri yang suka makan makanan bersambal dan bersantan. Kalau biarkan pinggan kotor lama-lama, susah pulak nak bersihkan nanti.

Tak semua pencuci pinggan mangkuk berupaya menghilangkan kesan minyak dengan mudah. Sebab itu ramai yang memilih Sunlight kerana ia berupaya menanggalkan kesan minyak dengan cepat.

Baru-baru ini Sunlight telah mengeluarkan Sunlight Lime 100. Setiap botol Sunlight Lime 100 mengandungi 100 biji buah limau nipis. Ia lebih pekat dan wangi daripada Sunlight hijau yang biasa tu. Anda hanya perlu tuang setitik kecil Sunlight Lime 100 ke dalam mangkuk dan penuhkan ia dengan air. Buihnya banyak! Kalau tak berbuih, rasa macam tak bersih pula, ye tak? Dengan pengunaan sedikit, Sunlight Lime 100 ni boleh tahan lama.

Pada 2011, Sunlight telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi bilangan pinggan terbanyak dicuci dalam satu acara di mana sebotol Sunlight bersaiz 1 liter telah digunakan untuk mencuci 10,365 pinggan semasa acara “Kecoh Kenduri Bersama Sunlight”.Banyak la tu, ye tak? Memang berbaloi walaupun harganya sedikit mahal dari jenama yang lain.

Minggu lepas, kami telah diberi peluang untuk bertemu dengan Skuad Sunlight. Mereka datang ke rumah dan tolong basuhkan pinggan di rumah sambil menunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan agar masa yang minima digunakan untuk membasuh pinggan sehingga bersih.

Cik adik manis  dari Skuad Sunlight

Kalau korang guna jenis paste, sebenarnya ia tak berapa bersih 
kerana masih ada kesan sabun di pinggan

Mari mencuci pinggan mangkuk! 

Ribuan senyuman sebab dapat bekalan Sunlight

Melalui kempen “Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight”, anda juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan Sunlight selama setahun secara percuma! 12 botol untuk 12 tahun. Kalau family anda tak ramai, bolehlah stok tu bertahan lebih dari setahun! Macam mana? Senang je.

1. Beli sebotol atau pek isian semula Sunlight di kedai-kedai terpilih. Kemudian, dapatkan penanda Sunlight di kaunter pembayaran.
2. Kemudian, gantungkan penanda Sunlight di pagar rumah anda.
3. Jika Skuad Sunlight melalui kawasan anda, anda berpeluang untuk mendapatkan bekalan Sunlight selama setahun!
Kalau beli Sunlight, jangan lupa dapatkan penanda ni. 

Nak menang set Corningware? Nantikan entry seterusnya.

5 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

liz camana dowang tahu tahu umah liz ada pelekat tu ya

fiza said...

Bestnya liz dpt bekalan sunlight.

Aisyuhada said...

Wow bestnya dapat stok sunlight.. I pun guna yg jenis ni kat rumah. first time beli and memang akan beli lagi sebab letak sikit je dah cukup. :)

Liz Rohaizat said...

kak ayu> akak kena letak pelekat tu kat pagar rumah. kalau diorg lalu dan nampak, diorg akan jumpa tuan rumah. nasib-nasib je kak.

fiza> alhamdulillah. tak payah fikir nak beli sabun pencuci pinggan buat sementara waktu

Aisyuhada> yg kuasa 100 limau ni memang best la. kan? wangi dan pekat.

Scarlett O'Hara said...

Sunlight mmg power dan suka sgt baunya yang harum tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.