Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan. Say "NO" to Bazaar Ramadhan

Sekejap je dah 6 Ramadhan. Sejak hubby tengok gambar ni, dia pun berazam taknak beli apa-apa kat bazaar Ramadhan. Kalau pergi pun, hanya beli air soya dan kuih tepung pelita. Lauk pauk memang tak beli sebab mahal dan belum tentu kena dengan tekak. Bila orang jual mahal, kita dapat sikit, kita pun geram dalam hati. Lagi tak elok rasa macam tu. Jadi masak di rumah lebih baik.

I don't mind nak masak kat rumah as long as sampai rumah awal. Biar masak dan sempat berbuka tepat pada waktunya. Makan pun tak sampai 4-5 jenis lauk. Kitorang simple. Satu lauk sayur, satu lauk utama. Kalau ada lauk pedas, kena buat ikan goreng atau telur dadar untuk Batrisyia. Siap! Campur air, kurma dan kuih, kenyang!
Juadah berbuka semalam.
Bayam tumis air tanpa cili besar sebab hubby tak makan cili tu
Sambal tumis sotong
Ikan kembung goreng kegemaran Batrisyia
Popiah wak yang memang sedapppp
Kurma

Alhamdulillah, tidak berlebih dan tidak berkurang. Licin menjelang sahur. 

Teringat iklan yang ada Chef Ismail tu. Katanya, ibu-ibu kita masak dengan penuh kasih sayang. Sebab tu lauk tu sedap dan sampai kita dewasa pun, kita masih ingat masakan ibu kita. True! I pun, everytime balik Seremban.. wajib minta mama masakkan sesuatu. Sebab tu la seboleh-bolehnya, memasaklah untuk keluarga. Tapi untuk yang balik kerja lambat dan tiada masa untuk sediakan juadah berbuka, tiada pilihan lain melainkan bazaar Ramadhan. Ia menjadi penyelamat anda. Yang penting, jangan membazir :)

7 scribble(s):

Maria Menado~ said...

betul-betul. biasanya bazar mahal. tapi if teringin je la pegi beli. :)

fiza said...

Aku tak berkesempatan nak masak skang nih. Si adik baik jer, tapi si kakak plak dok mengacau. Tak bley nak buat keja.

maisy said...

aku masak nasik sempat2 je liz...jem manjang...kalo ade mase,mmg masakla...

Tp masa dh terbuang di tgh jln..mmg tak sempat kutip balik..so say yes to pasar Ramadhan...mahal nak mampus...min RM 20...boleh je sampai RM40...

Ikan pon RM 8 hinggit...

Faizah said...

mak ai, ramai btul komplen mahal, kt fb ada gak update status kena cirit sbb mkn kuih kt param. aku so far tak pnh lg g param. husband beli kuih pon skali je, tu pn kt tmpt yg dia biasa beli.

aku nak g param, tp lom gaji hahaha. masak lg jimat weih

Syigim said...

sama lah! kak pun ke bazar ramadhan nk cari tepung pelita.. tp tu pun keciwa sgt...dah 2 kali different gerai - blk rumah yg bahagian gula hijau dah tumpah, bekas daun tu bocor n tepung pelita tu pun cair sgt :(

xwish lagi liz selamat menjalani ibadah puasa dan terawih di bulan ramadhan ni with ur beloved family. kak pun tgh enjoy ramadhan in msia! :)

Liz Rohaizat said...

maria menado> but can't blame them sebab diorg yang penat memasak. hehe.

fiza> kalau susah, tak salah membeli. lain la kalau free goyang kaki tapi tak masak. erkk.. hehe..

maisya> ko keje jauh. nak balik ke rumah tu, mmg jammed kan? aku pun kira nasib baik office dekat dgn rumah. kalau jauh mcm ko, mau juga aku pegi bazaar tiap2 hari. harga lauk mmg terasa la. ikan murah pun boleh jadi mahal. kdg2 bila minta lauk Rm2-RM3, dapat sikit je.

Liz Rohaizat said...

faiz> kitorang pun dah tak berani beli kat param sebab tahun lepas penah kena cirit birit. setakat ni, beli kuih tepung pelita kat makcik sorang tu je sbb mmg tiap2 tahun beli kat dia. popiah wak tu pun aku dah kenal lama. tu yg berani beli.

kak syigim> akakkkk, saya tau akak balik sini tapi tak tinggalkan ucapan pun sbb rasa mcm akak tak buka internet je. hehe.. buka rupanya. selamat berpuasa kak!! raya kat sini ke? akak puasa kat perak ke? kalau ada kat kl ni, mau juga saya tlg tapaukan tepung pelita sedap tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.