Friday, June 22, 2012

Tips untuk elakkan cream cheese topping daripada cepat mencair

I love Red Velvet Cake. Ada yang suka, ada yang kata biasa-biasa je tapi untuk I yang tak berapa nak minat chocolate cake, Red Velvet Cake ni sedap la juga. With a subtle hint of cocoa and cream cheese topping, it's delicious!

 

Siapkan kek ni malam tadi. Kali ni, Batrisyia tak jadi supervisor. Alhamdulillah. Kalau tak tu, memang mengacau je kerjanya. "Tisya tak kacau pun. Tisya duduk tepi je" katanya sambil tarik bangku IKEA ke sebelah I. Ayat baek punya. Tapi kalau duduk tepi je, takpe la juga. Ni tak. Pot pet pot pet bagi arahan. Kuikuikui. Mak tensen!

Bukan apa. Nak lepa kek ni kena cepat sebab kita ni duduk kat Malaysia. Cuaca panas walaupun di malam hari. Kalau buat kerja slow, alamatnya cream cheese mencair sebelum sempat habis melepa. I bukan pro pun. Pernah tengok pro buat kerja? Sekejap je. I tengok sambil mulut ternganga. Jadi, amatur macam I ni perlu buat kerja dengan tenang dan aman damai.

Sebab Batrisyia takde masa I mengerjakan kek ni, hasilnya I sangat puas hati walaupun deco simple je. Gara-gara tak sedar piping bag dah habis. Takpe-takpe. Nasib baik ada balance hati yang comel tu.Sayangnya tak dapat makan kek ni. Ingatkan nak buat lagi sebiji untuk sendiri makan. Tapi sebab kesihatan belum pulih, kita cancel dulu ye bang.  Tak aci la kan.. you makan sedap-sedap tapi lidah I tak dapat rasa apa-apa.

Ok, tips kali ni. Bagi pembuat Red Velvet Cake yang menghadapi masalah cream cheese cepat cair, cuba gunakan sedikit mentega. Ni tips yang I dapat la. I dah cuba. Alhamdulillah, cream cheese tak cepat cair.

4 scribble(s):

Ely Hasrul said...

aku suka velvet kek sbb masam2nye tuh.. pasnih nk blue velvet lah hahhaha aku nk order la kat ko kang utk suci.. tp xmo kaler merah nk kaler pink or pepel ok kan hhahahaha

Liz Rohaizat said...

ely> warna tu boleh tukar. kalau pink, maka jadikan PINK CAKE. hehehe. boleh je nak order. tapi kena bagitau awal sebab aku ada quota untuk sehari. maklumlah, achik kerja lagi

Diyana said...

cedappppnyeee.....*hi liz! lame x singgah sini..hehe

Liz Rohaizat said...

Diyana> hi Diyana. saya pun lama tak singgah blog awak sbb awak dah tak update. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.