Thursday, June 28, 2012

Tiada kutu dengan LiceMD

Sepanjang hampir 4 tahun membesarkan Batrisyia, macam-macam situasi yang I pernah hadapi. Batrisyia pernah kena demam panas, temperature naik mendadak dan badan dia jadi sejuk sampaikan kaki jadi biru. Batrisyia pernah diserang batuk berkahak yang teruk sampai asyik muntah je. Batrisyia pernah kena jaundice selama 2 bulan dan doktor ambil air kencing di pundi kencing menggunakan jarum. Dalam setiap situasi tu, I rasa payah sangat tapi I hadapi juga.

Tapi I tak sangka ada satu perkara ni buat I tension berminggu-minggu.

HEAD LICE!

Yes, Batrisyia dapat head lice. Dari siapa, ada beberapa suspek. Hehehe.. tapi berkemungkinan besar dari seorang kawan dia kat taska. Sebelum ni dia pernah dapat tapi I cepat-cepat buang semua telur kutu tu.Cuma kali ni, telur tu macam tak berkurangan. Maka bermulalah proses mencari adult head lice. Untuk pengetahuan, kita tidak perlu/tidak boleh menggunakan syampu kutu ke atas anak selagi kita tak jumpa adult head lice. Kebanyakan syampu kutu mempunyai pesticide. Jadi seboleh-bolehnya janganlah kita dedahkan anak kita dengan pesticide.

Proses mencari tu buat Batrisyia tension. Penat katanya. Amboi, ingat umi dia ni tak penat. Akhirnya terjumpa seekor! I ni, kalau adult head lice.. geli geleman. So suruh hubby yang bunuh. Lepas tu terus syampukan rambut Batrisyia dengan Alices.

A few days later, sedap-sedap I buangkan telur kutu, I terjumpa lagi adult head lice. Aik, macam mana boleh tersesat seekor? Mesti penternak kutu tak buang kutu kepala lagi nie. So I bagitau cikgu kat sekolah. Minta beritahu semua ibu bapa, check kepala anak dan jika perlu, pakaikan syampu kutu. Cikgu cakap, dia dah bagi tau parents tapi ada yang taknak bagi kerjasama. Cikgu tu siap kena marah dengan mak seorang budak ni. Kononnya salah cikgu sebab tak syampukan rambut anak dia.

Inilah persepsi salah : Head lice tidak memilih kepala. Kepala tu kotor ke, bersih ke.. 2-2 dia suka. Kalau syampu tiap-tiap hari pun, head lice tetap hinggap.

I "berperang" dengan head lice kat kepala Batrisyia selama sebulan la juga kot. No choice la. Hantar juga Batrisyia ke taska tapi I pastikan dia tak jadi pembawa adult head lice. Sampai la ke tahap I google cari solution untuk masalah ni. Then, I heard about this product.

 LiceMD

Produk ni antara produk yang diguna pakai oleh ibu bapa di negara lain. Ia menjadi pilihan kerana "pesticide free, non-toxic, free of dyes and perfumes, and harsh chemical. It's hypoallergenic and safe for all household members. Can be reapplied as needed.". Bulat-bulat I ambil dari kotak nie. Hehehe.

After reading more than 20 reviews about this product, I yakin sikit nak beli. Harganya 2 kali ganda dari Alices tapi memang bagus! Batrisyia pun dah tak boleh continue guna Alices sebab dah habis satu botol. This is my personal review only. This product is pesticide free. So mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana ia boleh membunuh kutu.

Produk ni berupa cecair yang berminyak. Kita kena gunakan ke atas rambut yang kering. Sapukan sampai kena di seluruh rambut. Biar melekit. Lepas tu tunggu 10 minit. Lepas 10 minit berlalu, gunakan sikat yang diberi untuk menyikat rambut. Ada cara untuk sikat rambut tu. Semuanya dalam kertas arahan yang diberikan di dalam kotak. Bila gunakan LiceMD yang berminyak ni, kutu-kutu tu terlekat dan tak boleh bergerak. Akhirnya, dia lemas kerana tak mampu bernafas.

Now, tugas penting yang kita mesti buat ialah menyikat rambut tu mengikut arahan. Kalau ada adult head lice, I yakin korang boleh jumpa. Dengan sikat tu, I siap boleh jumpa kutu kecil-kecil yang baru menetas tu. Hebat tak? Paling best, LiceMD menyenangkan I buang telur kutu. Elok je telur kutu tu "terlerai" dari rambut.Because LiceMD is pesticide free, korang boleh gunakan bila-bila masa tanpa perlu tunggu gap hari.

Hanya satu je la. Benda ni memang berminyak. So kalau nak pakai tu, make sure alas la dengan newspaper. At least, kalau ada yang menitik, tak la kena lantai. Lepas tu, mungkin kena basuh rambut 2 kali, baru rasa berminyak tu hilang. Yang pasti, lantai bilik air akan jadi berminyak.Tapi tak kesah la.... janji kutu hilang!

Dah guna ubat kutu, jangan lupa pulak lakukan pencegahan kutu di rumah. Cadar,sarung bantal, selimut dan baju kena cuci dengan air panas. Ala, cadar tu hantar dobi je. Soft toys yang tak boleh dibasuh pula boleh disimpan dalan beg plastik yang diikat kemas selama 2 minggu. Tapi Batrisyia nangis-nangis bila I nak simpankan Mickey Mouse dia. Sudahnya, masukkan dalam dryer dan jalankan selama sejam. Huhuhu.  Sikat rambut pula boleh direndam dalam air panas selama sejam.

Now, Batrisyia dah takde kutu. Cikgu dia cakap, kat taska pun dah bebas kutu. Alhamdulillah.

17 scribble(s):

Diyana said...

ha ah...diyana pn beli licemd ni..oily,tp berkesan.;)

Diyana said...

kutu suke tempat bersih mcm kepala budak sbb tkde kelumumur dan tak berminyak..:) cer tgk kepala adult, jarang kene kutu kan?hehe

Ely Hasrul said...

ko tau aku baca entry nih terus cam 'alaaa kang aku pon kena hadapi situasi nih gak ker???' hahahhaa cam pasrah aje bunyiknye.. aku mmg hangin bab kutu2 nih sbb aku pon penah tekena dulu hishhhh!

Liz Rohaizat said...

Diyana> masa baca review, ada juga yang cakap tak berkesan tapi sebab ramai cakap ia berkesan, cuba je la. memang berkesan! kalau guna sikat biasa, anak-anak.

ely> kalau kena pun, dah tau nak guna produk apa kan? kalau boy, ko botakkan je. kalau girl la sayang sikit

Shelly said...

Kat mana u purchase lice md? Last time i beli kat guardian tp dah xde skang. Huwaaaaaa mana nak cari ni. Help please

Liz Rohaizat said...

Shelly> i beli kat farmasi biasa. guardian takde. kena rajin terjah farmasi sampai jumpa. I jumpa di farmasi keempat yang I terjah

Shelly said...

Tks Liz. Will terjah more farmasi lepas ni =)

Anonymous said...

Liz farmasi yg ada jual nama apa? Di mana? Dh try dkt 9 farmasi area KL ni masih x jmp... Kalau blh share tmpt yg awak beli tu... Ta

Liz said...

Anon> saya beli di Pandan Jaya. Erk, lupa la nama farmasi. Tapi ia dekat dengan Pizza Hut

khayhamid said...

Khay
Skang pengedar tu dah ximport brand LiceMD lagi..dah tukar ke LiceClear.cara guna n function still sama dan murah sket rm13.50.semlm I g cari..tokey farmasi yg bgtau..I beli kat Farmasi Pekan Sg Besi setelah xterkira farmasi I telah jelajah :)

Liz said...

Khay> Aah, betul. Sekarang dah tukar nama sebab LiceClear tu dibuat di Malaysia. So murah sikit. tapi memang sama pun

wann izanie said...

Tq you all atas info..my daughter pun da terjebak..so da beli syampoo kutu still same.takut i pulak yg trjebak..mtk jauhkan la...
Ape2 pun i will try as soon as posibble..and gud luck to me.

Liz said...

Wann> good luck. insya Allah ok

Ahmad Ghazali said...

Treatment kutu www.liceninja.com try call depa

Liz said...

ahmad ghazali> oh, saya tau tu tapi tak pergi sebab jauh dan mahal. guna ubat biasa tu je. alhamdulillah. ok

Shahida Dzulkafli said...

Nice info.. Anank tengah kena masalah kutu nie.. huhuhuhu..

nana said...

mne nak dpt syampu tu ?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.