Wednesday, June 27, 2012

Teka Teki : Siapa yang memelihara ikan?

Entry ni tidak boleh dijawab oleh kawan-kawan I di Facebook (sebab I dah bagitau jawapan) dan sesiapa yang mengelat dengan cara meng 'google' jawapan. (Adik bongsu I google jawapan, lps tu dengan confident nya menjawab. Lepas tu malu sendiri sebab jawapan dia "ke laut").

Adik I cakap, soalan ni dia dapat masa kursus dan menurut si pemberi soalan, hanya 2% orang yang boleh dapat jawapannya. Kiranya kalau dapat jawab dan susunan betul, kira pandai la tu. Tak tau la sahih ke tak. I rasa, orang yang tak dapat jawab tu mungkin dia dah pening kepala dan give up. Hehehe...


Ini merupakan soalan tersebut :-
~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ Setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
 ~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :
1. Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Sesapa yang rajin, boleh cuba. Jangan setakat bagitau siapa yang pelihara ikan. Bagi tau juga susunan semua rumah. Baru la tau samada betul atau tak.

Good Luck! (ewah, macam jawab kertas exam pulak!)

2 scribble(s):

-makcik anon..keh..keh...- said...

Dah dapat... dalam setengah jam jugak menscribble.. hehe..

Susunan dari kiri ke kanan:

YELLOW-BLUE-RED-HIJAU-PUTIH
NORWAY-Denmark-ENGLISH-jerman-sweden
air-tea-SUSU-KOPI-bir
DUNHILL-marlboro-pallmall-rothman-Winfield

kucing-KUDA-burung-IKAN-anjing

JAWAPAN : JERMAN=IKAN

Betul ke?

Liz Rohaizat said...

RUMAH PERTAMA- Kuning-Norway-Air-Dunhill-Kucing.

RUMAH KEDUA-Biru-Denmark-Teh-Marlboro-Kuda.

RUMAH KETIGA-Merah-Inggeris-Susu-Pall Mall-Burung.

RUMAH KEEMPAT-Hijau-Jerman-Kopi-Rothmans-Ikan.

RUMAH KELIMA-Putih-Sweden-Bir-Winfield-Anjing

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.