Tuesday, June 19, 2012

Poise’s “It Happens to Me” Educational Program

Last week, I berkesempatan menghadiri Poise’s “It Happens to Me” Educational Program di Allo Paris, Damansara Perdana. Tujuan program ini dilancarkan adalah untuk member pendidikan dan kesedaran kepada kaum wanita di Malaysia tentang “Light Urinary Leakage-LUL”. Ia merupakan masalah lemah kawalan kencing yang berlaku ke atas sesetengah wanita. Mengikut kajian, 1 daripada 4 wanita akan mengalami LUL sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Terkejut juga sebab ratio tu agak tinggi la juga, ye tak? 70% peratus individu yang mengalami LUL terdiri daripada wanita manakala selebihnya dialami oleh lelaki.
 
Allo Paris, Damansara Perdana 


Dengan Anje dan Sophia from Indeed Communication 



Masalah ini adalah sesuatu yang normal tetapi selalunya wanita akan mendiamkan diri kerana berasa rendah diri dan malu. Mereka rasa perkara ni tak berlaku kepada orang lain. Hakikatnya masalah terkucil ni normal. Betul tak? Paling kurang, kita akan terkena sekali semasa sarat mengandung.

Ada banyak sebab yang mendorong kepada berlakunya LUL:
1. Lemah otot lantai pelvic disebabkan oleh tekanan semasa mengandung, kesulitan semasa melahirkan bayi dan penambahan berat badan
2. Menopous mengakibatkan penurunan tahap estrogen
3. Kontraksi pundi kencing yang tidak berlaku secara otomatik
4. Masalah kesihatan seperti batuk kronik yang berpanjangan, strok dan kecederaan saraf tunjang

Dah 4 tahun Poise melancarkan kempen kesedaran mengenai LUL. Untuk kempen ke-4, Poise mengajak wanita yang menghadapi masalah ini mendapatkan bantuan tanpa rasa malu kerana ia merupakan masalah biasa. Masalah LUL boleh ditangani dengan mengambil makanan dan minuman yang sesuai (say no to bicarbonate drinks and coffee) dan melakukan senaman kegel secara teratur dan menggunakan produk yang sesuai agar perasaan tidak selesa dapat ditangani.

Program pada malam tu telah dipengerusikan oleh Sharifah Shahira selaku Duta Poise. Kami diberi penerangan lanjut tentang Poise oleh Marketing Manager, Mr. Sumeet Parab. Dalam masa yang sama, mereka memperkenalkan duta baru Poise iaitu Raja Azura. Kak Engku juga menceritakan pengalamannya yang juga pernah mengalami LUL. Jadi, jangan segan. Artis pun menghadapi masalah ni. Yang penting, kita kena dapatkan bantuan untuk tangani masalah LUL dan gunakan produk yang sesuai.


Panty liner dan pad Poise merupakan produk yang sesuai untuk digunakan oleh wanita yang menghadapi LUL kerana ia direka khas untuk menyerap urine. Ia tidak sama dengan pad lain yang menyerap menses. Panty liner dan pad dari Poise menyerap cecair 2 kali lebih banyak daripada panty liner dan pad jenama lain. Produk Poise juga membantu mengawal bau urine kerana ia menggunakan teknologi Dry-Touch. Jadi, tidaklah kita berbau hancing.

 

Kami ditunjukkan demonstrasi untuk membuktikan bahawa produk Poise mampu menyerap cecair dalam kuantiti yang banyak. Memang betul. Paling best, pad tidak berasa basah dan cecair tidak menitis keluar walaupun diperah!

 
Pad biasa yang bocor.. ergh!

Untuk mengatasi masalah LUL, kita boleh melakukan senaman Kagel untuk menguatkan otot lantai pelvic. Jadi masa tu, instructors dari Pilatique mengajar kami bagaimana melakukan senaman Kagel yang betul. 
 

Kepada yang mengalami masalah LUL, jangan malu-malu kerana ia bukan berlaku kepada anda seorang. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar dan gunakan Poise untuk keselesaan anda! I tak pernah guna tapi selepas tengok demonstrasi, I yakin produk ni sesuai untuk mereka yang memerlukannya.

  Group photo with other bloggers

2 scribble(s):

nieda said...

Good info..wanita mmg byk mengalami masalah lemah kawalan kencing esp pregnant women..kdg2tu bersin pun boleh terkucil

Liz Rohaizat said...

nieda> betul. masa pregnant, janin makin membesar dan akan menghimpit salur kencing. tu yang asyik nak buang air je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.