Friday, June 15, 2012

Macam mana nak tau buku apa yang best?

Makcik Anon Keh Keh ada beri komen kat salah satu entry. Dia tanya macam mana I tau buku tu bagus. Dia kata, bila dia masuk kedai buku, dia baca synopsis.. last-last dia tak beli buku pun. So I buat entry khas la ye. Sebab susah I nak terangkan kat comment box tu. Ni antara tips yang korang boleh cuba.

ASK OTHER BOOKWORMS
I bertuah sebab I ada kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama. Usually,bila salah seorang terbaca buku yang best, mesti akan beritahu kawan lagi satu. Kira mcm “meracun” dia beli buku tu juga. So lepas baca, sama-sama boleh discuss akan ke “best” an buku tu.

CHECK THE BESTSELLER LIST 
Tak kesah la list tahun ni ke.. tahun lepas ke.. 2-3 tahun lepas ke.. as long as it’s a bestseller. Katakanlah korang check New York Bestseller list, korang akan dapat senarai berpuluh-puluh jenis buku. Ada yang korang pernah dengar nama author tu, ada yang kedengaran sangat “alien”. So macam mana nak tau buku mana yang sesuai untuk diri korang? Baca point seterusnya.

FIND A SYNOPSIS AND REVIEWS
Bila dah jumpa book title dan book author, apa lagi.. sila google. Cari synopsis dan reviews from other readers. Usually, korang boleh baca review dari pembaca lain kat website macam Amazon. Ada juga blogger yang rajin buat review. So boleh baca. Cuma kadang-kadang, dah terbaca spoiler la pulak. Dari situ korang boleh tau samada buku tu bagus atau tak. Tapi taste orang lain-lain. So semuanya terpulang pada penilaian korang.

MOVIE ADAPTED FROM A BESTSELLER BOOK 
Ni pun I selalu buat. Kadang-kadang, ada movie yang diadaptasi dari bestseller book. Kalau korang tengok movie tu tapi rasa tak best, cuba cari buku pula. Kadang-kadang, movie tu memang kurang best tapi buku dia best. Ni salah orang yang mengadaptasi tu la. Antara buku yang I “jumpa” melalui cara ni ialah Message in a Bottle, A Walk to Remember, Hunger Games trilogy (movie belum keluar tapi ramai cakap buku dia best, so I cari buku dia) dan Oliver Twist.

HENTAM SAJALAH! 
Tips yang ni kena pandai-pandai tanggung. Ahaks! Kiranya korang main beli je. Lepas tu baca. Kalau bernasib baik, dapat la buku best. Kalau kurang baik, silap-silap tak habis baca buku tu. Kalau takut tersilap beli buku, cuba browse di "Bestseller" bookshelve kat bookstore. Insya Allah buku-buku tu best.

Sebenarnya, kira tak boleh tertumpu pada satu genre buku sahaja. Ok, maybe ada genre yang kita tak berapa minat. Tapi kena berani cuba baca buku dari genre yang berbeza. Dulu I memang tak minat Sophie Kinsella. Tapi lepas Weeza sarankan I baca Can You Keep a Secret, terus suka cara penulisan dia.

Makcik Anon nak I buat list buku ke? Erk, ok la.. I buat list je. Kalau korang rasa tak sedap, sorry. Biasa la.. taste masing-masing.

-Buku dari Nicholas Sparks-
What I love about his writing is he knows how to touch my heart and make a twist at the end of the book. Buku dia kategori light reading. Kalau baca, rasa biasa je. Tapi kalau teruskan baca sampai habis, kat hujung mesti ada sesuatu yang menanti. Jeng jeng jeng… Lepas tu baru rasa buku dia best.Memang magic betul. Buku dia yang I dah baca ialah A Walk to Remember, Message in a Bottle, The Lucky One, Dear John, The Notebook, The Last Song dan A Bend in the Road. Untuk pengetahuan, semua buku kecuali buku terakhir tu telah diadaptasikan ke filem. Buku-buku dari Nicholas Sparks banyak mencuri hati penerbit filem. Isk, tanpa sedar.. banyaknya buku dia yang I dah baca.

-Buku dari Sophie Kinsella-
Cara penulisannya penuh humor. Tak serious. Memang sesuai baca di masa lapang. Yang paling I suka ialah Undomestic Goddess. Buku lain yang korang boleh cuba ialah Can You Keep a Secret, Twenties Girl, Remember Me? dan siri Shopaholics.

-Buku-buku lain-
ONE DAY by David Nichols
THE TIME TRAVELER’S WIFE by Audrey Niffenegger
OLIVER TWIST by Charles Dickens
HAMLET by William Shakespeare
TRUE COLORS by Kristin Hannah
WINTER GARDEN by Kristin Hannah
TUESDAYS WITH MORRIE by Mitch Albom
THE CURIOUS INCIDENT OF THE DOG IN THE NIGHT-TIME by Mark Haddon
LORD OF THE RINGS by J.R.R. Tolkien
HARRY POTTER series  by J.K. Rowling

Nanti kalau ada yang I ingat lagi, I tambah.Cukup tak ni Makcik Anon Keh Keh?

6 scribble(s):

-makcik anon..keh..keh...- said...

Ok.. thanks =) ..

Sophie Kinsella so far best jugak, bnyk jugak buku dia yg dah dibaca..
compare to cecilia ahern,i suka buku sophie lagi kot..

nicholas spark ~ quite right.. ada buku2 dia bila baca rasa biasa... kadang tak cukup sabar nk tunggu ending yg twisted tu... jadi bosan awal2.. lembab sikit baca buku tu...

Hunger Games - dah beli tiga2 buku terus sebaik tgk movie dia.. hehe..

lain2.. insyaAllah.. akan dicari menurut tips tersebut.. buat masa ni ..ingat nak cari buku The One tu ..;p

PixiePwincess said...

Both books by Khaled Hosseini! Terlalu best.

Liz Rohaizat said...

makcik anon> cecilia ahern. saya ada buku dia tapi tak ngam la. entah, pening sikit bila baca. so tak jadi fave dan tak ingat title. tajuk dia The Gift kot. Sophie kira ok la juga. boleh layan sebab sempoi.

maksud awak buku One Day ke? hehee.. silakan. read at your own risk eh. saya suka sebab sukan friendship mereka.

ayu> Khaled Hosseini? boleh bagi title tak?

haidar said...

Evening Sis Liz

Buku The Curious Incident of the Dog in the Night-Time boleh review dan komen sedikit?

i cdg nak membelinya

Liz said...

Haidar> Hi Haidar. Actually, I pernah buat review buku tu. Boleh check it out at "Book Review" label.

Tapi takpe la. I bagi link tu : http://www.lizrohaizat.com/2011/08/curious-incident-of-god-in-night-time.html

haidar said...

Orite.. TQ

Dgn cargas pergi beli lepas off hour hehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.