Tuesday, June 12, 2012

Lindungi tangan dari kuman dengan Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes


I always wash my hands with soap after using the toilet. Kalau tak basuh gunakan sabun, memang rasa semacam je. Lebih-lebih lagi bila menggunakan tandas awam. Rasa macam tangan tu penuh dengan kuman. Memang penuh dengan kuman pun sebab membasuh tangan dengan hanya menggunakan air paip tidak mampu menghapuskan kuman yang melekat di tangan.  

Kalau tandas tu kehabisan sabun, I sanggup tak guna tangan tu untuk makan selagi tak dapat cari sabun. No kidding! Kalau dulu, I selalu pastikan ada hand sanitizer dalam handbag. Ni in case kalau tak jumpa sabun atau tak jumpa air. Tapi selepas terbaca artikel tentang bahan terkandung dalam liquid hand sanitizer boleh membahayakan baby, I terus tak guna.  

Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia yang disambut pada 5 May, Kleenex®  mengorak langkah dengan mengeluarkan Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes yang telah disahkan selamat digunakan ke atas bayi dan kanak-kanak. I berminat nak cuba beberapa pek sebab tak perlu risau lagi nak gunakan dengan anak.


Awal-awal lagi I dah simpan satu dalam handbag. Peknya kecil, amat mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana. Walaupun ia untuk tangan, kita juga boleh gunakannya di anggota badan yang lain. Pernah tak korang berjalan kaki dalam hujan lebat? Kaki mesti kotor kan? Bila I masuk je dalam kereta, dah boleh bersihkan kaki dengan wipes nie. Easy peasy!

Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes ni bebas alcohol dan diperkaya dengan mentega shea, aloe vera semulajadi dan vitamin E. Bila kita gunakannya, tangan kita bersih dan bahan-bahan tu mampu menyuburkan kulit. Malah, ia melindungi tangan kita daripada 99.9% kuman yang ada termasuklah virus H1N1. Kalau kita guna wipes jenama lain, kadang-kadang rasa macam sticky kan? Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes ni tak meninggalkan rasa sticky pun. So kanak-kanak pun tak la rasa geli nak guna. Dengan adanya Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes, lega rasanya sbb ia boleh digunakan ke atas bayi dan kanak-kanak.

Batrisyia ni jenis lasak. Kalau main kat luar, suka explore dengan tangan, dengan badan. Tangan tu mesti nak pegang macam-macam benda. Bila ada Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes, senang nak bersihkan dia. Ye la, kadang-kadang tempat tu susah nak cari air. Kalau kat tengah-tengah padang atau taman permainan, memang senang kalau ada benda nie. Lap je.. dah bersih! Kita mak-mak ni pun boleh gunakan bila perlu.


Masih ragu-ragu? Bermula Mei hingga Ogos ni, krew Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes akan berada di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang bagi mempromosi Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes dan menerangkan tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan kepada kita . So masa ni korang bolehlah cuba produk ni.


Bagi anak-anak yang liat nak amalkan kebersihan tangan, apa kata belikan mereka Kleenex® Hand Sanitizing Moist Wipes bertemakan Disney. Bungkusan didatangkan dengan 3 pek ni baru berharga RM 6.90. Murah je kan? Dengan tema Disney, mesti boleh menarik perhatian anak-anak kita untuk mencubanya. Untuk tempoh terhad, pek didatangkan dengan activity book dan botol air bertemakan Disney secara percuma.

 
Seronok dia menulis dan mewarna

Tak susah pun nak gunakan produk ni. Batrisyia pun pandai.

  
 Buka pek dan tarik sehelai 

 
 Lap tangan yang kotor 

 
Dah bersih! 

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.

2 scribble(s):

♥ ROS ♥ said...

Wah bgus ni.. Tq kak liz share.. Ros salu guna hand sanitizer yg mcm air tu... :)

Liz Rohaizat said...

Ros> benda bagus memang elok dikongsi :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.