Thursday, June 14, 2012

Every blood donor is a hero

14 June merupakan "World Blood Donor Day" atau "Hari Penderma Darah Sedunia". Ia mula disambut sejak tahun 2005 dan tarikh 14 June dipilih sempena tarikh lahir Karl Landsteiner, pencipta ABO blood group system yang diguna pakai sekarang.

 


Tema untuk tahun 2012 ialah "Every blood donor is a hero". Tak semua orang sanggup nak jadi blood donor. Ada yang tak layak menderma. Ada yang layak tapi taknak menderma. Itu pilihan masing-masing.

Tapi apabila kita berada dalam detik cemas yang mungkin memerlukan blood transfusion, darah yang didermakan oleh penderma merupakan "cecair emas" yang sangat bernilai. Ia bukan hanya digunakan ke atas mangsa kemalangan tetapi akan digunakan bagi kes-kes lain.

Setiap komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:

Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.

Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.

Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.

Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.

Masa I ke PDN minggu lepas, I saja tanya berapa ramai penderma yang datang pada hujung minggu. Nurse tu kata, dalam 170 orang sehari. Alhamdulillah. Sejak PDN dibuka pada hari Ahad, memang ramai yang datang. Masa I pergi hari Sabtu, pun ramai. Rasa terharu sebab ramai yang mempunyai kesedaran untuk menderma darah.


I berkesempatan berbual seketika dengan seorang akak. I panggil akak sebab ada 2 orang anak dia ikut sama. Dia baring di kerusi sebelah. Muka dia memang cuak. I dapat agak, ni mesti kali pertama dia menderma. Jadi untuk menghilangkan ketakutan dia, I senyum kat dia dan mulakan perbualan.

"Akak ni first time ke?"
"Aah. Sakit tak dik?"
"Eh, tak sakit la. Takde apa. Jangan takut. Akak sorang je ke?"
"Tak la. Suami akak dah sudah. Dia ada kat luar tu" sambil memandang luar.

Oh, suami dan dua orang anak dia tengah tunggu kat luar bilik sambil lambai-lambai dia. Si anak siap buat thumbs up lagi.

"Akak jangan takut. Memang tak sakit"


Lepas tu, I berehat sebab akak tu melayan perasaan dia. Memang muka dia cuak. Pandang kiri kanan. Bila nurse datang nak cucuk jarum, terus dia palingkan muka tak pandang tangan dia lagi dah. Hehehe...

"Ok kak. Dah sudah." kata nurse. Akak tu pusing dan pandang tangan dia.

"Eh, dah? Laa, tak sakit pun". Comel betul akak ni. Terus hilang muka cuak dia.

This is the reason why I love to talk to a new donor. Kita hilangkan perasaan takut dia dan bila dia tau benda tu memang tak sakit, insya Allah dia akan menderma lagi.

Kepada semua penderma darah di seluruh dunia, you're an unsung hero!

6 scribble(s):

fiza said...

Tak pernah lagi derma darah ☺☺

Ely Hasrul said...

aku dh lama xderma darah, dulu tiap cycle. aku suka derma darah!

Liz Rohaizat said...

fiza> selagi ko bf, memang tak layak untk menderma darah

Liz Rohaizat said...

ely> same goes to you. hehehe...

Intan Saleh said...

i was medically advised not to donate blood.. ever! uhuu..

btw, this reminds me of this meaningful video:
http://youtu.be/WvEW0P01oyk

enjoy!

Liz Rohaizat said...

Intan> thanks for sharing the video. sengal. not bad! hahaha...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.