Friday, June 01, 2012

Batrisyia jumpa adik angkatnya

Salam,

Meet our anak angkat.

Sharifah Nur Bahiyyah binti Zuraimi

Malam tadi, jumpa si comel ni buat pertama kali. Amboi, Batrisyia paling excited! Manjang berdiri sebelah Bahiyyah je. Sekejap sekejap dia cium. Sekejap sekejap dia usik. Nasib la Bahiyyah ni baru nak masuk 3 bulan. Kalau dah pandai cakap, mau berceloteh dua orang nie.

Petang semalam kan hujan. Kami dah sampai Pavilion sebelum pukul 6.30 lagi. Diorang pulak naik taxi sekitar pukul 7 lebih sebab takde taxi nak berhenti. I pergi solat sekejap sementara hubby dan Batrisyia tunggu kat meja. I balik dari solat, mereka dah duduk kat meja.

Kitorang ada meja favourite kat Pavilion. Asal jumpa, memang duduk situ la. Meja ni dekat dengan gerai Pan Mee. Kenapa duduk situ? Sebab hujung tu tak berapa nak ramai orang, boleh duduk tepi dan paling penting, dekat dengan gerai Pan Mee. Assam Laksa kat situ memang best! Dan malam tadi Zizie dan Bung Mokhtar duduk depan kitorang. Zizie putih melepak (cun giler minah nie walaupun tanpa make up) dan ada orang cakap Bung Mokhtar tu hensem juga orangnya. Erk, what?

Dah kalau jumpa setahun sekali macam Hari Raya yang muncul setahun sekali, memang berborak panjang la jawabnya. Tapi bila masing-masing dah ada anak, cerita pasal anak je la.Eh, korang tau tak ni anak sapa? Ahaks, she's my bestfriend's daughter. Anak Weed la. Tengok mata dia. Fuh, comel!

2 weeks ago, bersihkan rumah. Terjumpa playgym yang Batrisyia guna masa baby. Ada la 2 kali je guna kot. Masih baru, masih bersih, masih cantik. Ingat nak jual tapi Batrisyia kata "Tisya nak bagi baby Aunty Weed". So, semalam dia sendiri serahkan kat Bahiyyah. Dia punya semangat! I pun sempat carikan hadiah untuk Bahiyyah semalam.

Sent them to the hotel around 10pm. Seperti dijangka, Batrisyia menangis sebaik saja kereta tinggalkan perkarangan hotel. Ni memang dah pernah terjadi eh. Dia menangis sebab "Nak ikut Aunty Weed. Nak tidur kat hotel". Adoiii. Minah ni bajet nak ikut naik aeroplane. Nanti la anak.. kita pergi Sabah lagi.




0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.