Thursday, May 10, 2012

Pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun

Nota : Entry ni tidak menjurus kepada mana-mana pihak. This is general issue. So diharap tiada siapa yang terasa dalam hal ni.

Petang semalam, ramai juga share satu video yang melibatkan seorang ibu memukul bayinya dengan kejam. I tak sampai hati nak tengok. Lepas ambil hubby, hubby pun cerita tentang video yang sama. Dia yang tengok cuba beritahu I apa yang berlaku tapi I suruh dia berhenti sebab I taknak dengar kisah sedih tu.

Malam tadi, TV9 siarkan video tu di akhir berita. I tertengok dan tak boleh lepaskan pandangan mata dari kaca TV. Sumpah, I cakap "Sial betul perempuan ni!". I menangis sampaikan Batrisyia datang dekat I. Dengan muka sedih sebab tengok Umi dia, dia tanya, "Umi kenapa? Kenapa dia pukul baby tu?".

Batrisyia yang kecil tu pun sedar yang perempuan tu tak patut pukul anak dia.

Orang kata, sayang anak tangan-tangankan. Tapi pernah tak kita terfikir, bilakah kita boleh mula memukul anak? For me, kalau anak tu dah besar, dah berakal, kita boleh pukul perlahan tapi dengan syarat, kita dah bagi stern warning kat dia. Mula-mula, bagi warning secara baik. Kalau dia buat lagi, bagi stern warning. Kalau dia buat lagi... ni dah kira tak makan saman, barulah dipukul tapi pukul pun ada caranya.

Paling penting, kita kena tengok tahap umur dan pemikiran anak tu. Kalau dia masih kecil, I rasa dia tak patut dipukul. Budak yang pemikirannya belum matang, belum dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara, belum tau benda tu salah dilakukan.. kalau kita pukul, boleh memberi impak negatif sebab anak akan rasa ibu bapa pukul dia sesuka hati.

Di sini I nak share satu artikel yang I baca :

Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang. Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:

·  Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
·  Tunjukkan cara yang betul.
·  Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
·  Menggunakan isyarat.
·  Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).
·  Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.

Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan.

Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam. Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:

·  Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas. Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.” . Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.
·  Ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.
·  Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah.

10 tahun ke atas ye kawan-kawan. Tu kena ingat. I pun kena selalu ingat agar tak terpukul anak. Janganlah dimarah dan dipukul anak bila dia tak dengar cakap kita tapi bila anak tak solat, tak tutup aurat,tak dengar perintah Allah, takde pulak nak tegur. Fikir-fikirkan lah!

2 scribble(s):

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Liz, me too, heard the samething from my hubby last nite. Tak sanggup jugak nak tgk. Tapi Kebetulan ada keluar kat buletin utama tv3 jugak video tu. So, tertengok jugak. Seriously masa tgk that video, i mmg rasa geram & nak buat the samething kat pompuan tu. Tak faham kenapa dia berkelakuan mcm tu kan...mcm benci sangat dgn baby nye.
This morning, i terbaca kat FB yg yg someone quote penerangan dr pihak polis, dimana perempuan tu sdg menjalani hukuman penjara 18bln. Kejadian dera tu berlaku tahun lepas. Dia jadi mcm tu, sbb baby tu anak luar nikah (kiranya dia telah di rape) dan mengandungkan baby yg tak berdosa tu...
That's why dia tak boleh tgk that baby & rasa benci sehingga dia jadi mental & meroyan mcm tu...rasanya pd dia wujudnya baby tu ke dunia bkn atas kehendak dia.

So, lepas dah baca tu..baru saya faham cerita disebalik apa yg berlaku. Tukang rakam the video actually pernah halang tapi dia pun dibelasah teruk oleh pompuan tu. That's why dia rakam kan video tu sbb nak buat report kat polis. Kalau tak salah, hari yg sama video tu dirakamkan, pompuan yg dera baby tu dah ditangkap.

Yg kesiannya nasib baby yg tak mengerti apa2..bukan salah dia utk mintak lahir ke dunia kan....

Liz Rohaizat said...

Erin> yups. tu video tahun lepas dan mak tu dah dihukum penjara 18 bulan. malam tadi mmg saya marah sgt. tapi bila pagi ni dapat tahu si mak dah dihukum, lega hati.

video yg keluar kat tv tu sekejap je. hubby ckp, video tu berdurasi lebih 4 minit. ada sampai saat baby tu pergi ke mak dia, lepas tu mak dia tolak balik baby tu sampai ke tepi dinding. tak sanggup nak tengok

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.