Thursday, May 31, 2012

Koleksi fridge magnet selama 9 tahun

Inilah hasil 9 tahun mengumpul fridge magnet. Tak la banyak macam orang lain. Ada yang I beli sendiri tapi kebanyakannya diberi oleh rakan-rakan especially yang dari overseas. Sayang korang sebab pergi mana-mana ingat kat aku.


Ni pun ada yang tiada dalam gambar sebab Tisya pinjam buat main dan ada juga yang dah pecah/rosak/berkarat/magnet tercabut. Kalau magnet tercabut, boleh juga la gam balik tapi kalau dah pecah, memang ke tong sampah jawabnya. Kalau kira semua, maybe dah lebih 50 keping tapi yang kat atas ni, kira official count la eh.. 49 keping kesemuanya (termasuk 2 yang Batrisyia pinjam dan satu yang I baru beli tadi). Jom tengok magnets yang I ada.

Yang ni magnet dari Malaysia.

Sabah, Langkawi, Kedah, Kadazan Lady, Kuching, 
Sarawak, Colmar Tropicale dan Masjid Kristal

Yang ni magnet dari overseas. Ni semua hadiah dari kawan-kawan. Ada yang I bayar, ada yang ikhlas hadiahkan kat I. Thanks korang.

Australia (3), China (2), Brunei, Korea, Jepun, Indonesia, Hatyai, Thailand

Germany, Dubai, Paris, Austria, Melbourne, Bristol,
London, Roswell, New Quay

Yang ni magnet bentuk peta. Ada lagi satu bentuk peta South Africa tapi dah pecah.

Langkawi, Hong Kong, Tioman

Yang ni kategori lain-lain. Kalau ada yang I suka, I beli je walaupun jenis biasa-biasa je. Macam Pilsbury tu, free gift masa beli self rising flour. Hahaha.. Dulu Memory Lane banyak keluarkan magnet cute2 macam bintang tu. Sekali 3 I beli… bentuk bintang, mini car dan butterfly. Butterfly dah hilang, mini car I tak tau Batrisyia letak mana. Tinggallah star ni keseorangan.

Ok, ada Indonesia dan Singapore tersesat sebab lupa letak tadi

Ni magnet kesayangan. Roswell ni magnet pertama yang I ada. Kira magnet pertama I lekatkan kat peti ais. Hadiah tahun 2003 sebab si pemberi tau I suka Roswell. Tapi sayangnya, ia bukan stainless steel. Maka berkarat-karat dah. Sob.. sob.. ia tetap menjadi kesayangan. Then, magnet Coca Cola. I suka sebab ia warna merah, berbentuk bola dan ada kenangan manis di sebaliknya. Dibeli pada tahun 2004. Tak perlu cerita apa kenangan manis tu :)

Penghuni terbaru kat pintu peti ais ialah magnet Universal Studio Singapore. Magnet ni dari jiran depan rumah. I minta tolong dia belikan. Kalau I pesan, maknanya I akan bayar. I memang tak harap benda tu percuma. Tapi mungkin rezeki, selalunya orang yang tolong belikan tu akan beri percuma. Maybe sebab I dah cakap, I taknak magnet mahal. So yg murah2 tu, mereka bagi free je. Tapi sudahnya I la segan nak minta tolong dia lagi.

Kalau korang nak ke overseas dan rajin nak tolong belikan, bagi tau la ye. I akan bayar. Asalkan jangan la beli yang mahal sangat. My target is to collect 100 pieces of fridge magnets. Kita tengok berapa lama boleh capai ke angka tu.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

ko nih sungguh berhemah. pesanan aku tak lain xbukan.. 'hoii nak magnet! wajib!' hahahah

leeza said...

semenjak dah kawin ni kite pon dah mule suke kumpul fridge magnet yg kwn2 kasi :) seronok tgk

Liz Rohaizat said...

Ely> aku segan. hahaha. kalau bayar, tak la segan nak minta tolong selalu.

Ieeza> selamat mengumpul. bila dah byk, memang seronok

sawaNiLa said...

Saya Suka kumpul FM....kira macam membina cita-cita utk ke tempat tersebut

Liz Rohaizat said...

sawaNiLa> insya Allah. kalau dah pasang angan2 dan usaha, boleh sampai ke tempat2 tu :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.