Friday, May 11, 2012

Hukum membuat binaan di atas kubur

Minggu lepas, buat tahlil untuk arwah atok. Rasa mcm baru je atok pergi meninggalkan semua orang. 30 June nanti tahlil untuk 100 hari pula. Masa kenduri baru-baru ni, dah mula bincang pasal naikkan batu nisan untuk kubur arwah atok.

Kami sepakat untuk tidak berlebih-lebih. Hanya naikkan batu di keliling untuk kukuhkan tanah dan naikkan batu nisan. Ada satu kubur kat tanah perkuburan tu, makcik cakap memang lawa. Bila tanya kat penjaga kubur, katanya kos untuk buat kubur macam tu berharga RM4,000.

Biarlah. Dia ada duit. Kami pun ada duit tapi kami tidak mahu buat kubur macam tu untuk arwah atok. Rasanya ramai yang dah tau bahawa tidak elok menghias kubur dengan bunga-bunga, payung, atap dan struktur batu yang berlebihan. Ada yang sampai bertingkat-tingkat. Ada yang siap berpagar. Memang tak elok. Kalau tak silap, tak boleh buat begitu tapi sebab I kurang ilmu dari segi tu, I tak berani nak cakap. Nanti org suruh bagi bukti, terkial-kial pulak nak jawab.

Tapi itulah yang I baca dan itulah yang I dengar dari mulut ustaz. Untuk bacaan, boleh ke sini : Membuat binaan di atas kubur. 

Masa kat sekolah dulu, ustazah ada terangkan tentang amalan menziarah kubur. Korang mesti selalu nampak orang baca Al-Quran dan surah Yasin ketika melawat kubur kan? Ni kalau ikut apa yang I belajar la eh, perkara tu tidak perlu dibuat. Kalau nak baca Al-Quran dan Yasin, baca di rumah. Sampai di kubur, kita hanya mendoakan arwah sahaja. Ada yang sampai siramkan air Yasin ke kubur, itu pun tidak betul.

Semasa kita hidup, eloklah kita beritahu saudara terdekat.. di mana kita ingin dikuburkan selepas kita meninggal dunia. Ini untuk mengelakkan berlaku salah faham antara 2 keluarga. Pernah berlaku ye, apabila suami meninggal dunia, isteri nak kuburkan jenazah di tanah perkuburan berhampiran tetapi keluarga suami ingin membawa pulang jenazah ke utara tanahair. Sudahnya bergaduh.

For me, I dah beritahu hubby. Dia pun dah beritahu I. So settle! :)

2 scribble(s):

Irfa said...

betul tu..banyak sgt yg org kita buat kerana ikut-ikutan dr org tua dulu2.sdgkan itu semua adalah bidaah

Liz Rohaizat said...

Irfa> Yups. Ada juga yang kata talkin tu tak perlu. Wallahualam. Tapi part2 yg confirm bidaah tu, kena la tinggalkan.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.