Thursday, May 17, 2012

Finding Nemo

Buat pertama kalinya, Batrisyia melayan Finding Nemo dari awal sampai habis malam tadi. Dulu dia pernah tengok. Tapi mungkin masa tu dia kecil sangat, impak tu tak terasa la kot. Sekarang dah besar, dah boleh fikir, dah boleh tanya macam-macam.Sudahnya, I kena jawab pelbagai soalan yang keluar dari mulut dia malam tadi. Jawapan kena logik untuk pemikiran kanak-kanak seusia dia agar I tidak ditanya dengan lebih soalan yang complicated. Hahaha.

Bagus juga bila ada filem macam nie. Boleh memberi pengajaran kepada kanak-kanak. Macam Finding Nemo ni, Batrisyia pun dah tau yang bila-bila masa dia boleh kena tangkap dengan orang jahat. Upin Ipin pun I suka bagi dia layan sebab banyak benda dia boleh tahu. Kalau dia tak reti duduk diam dalam kereta, I akan cakap, "Hah, nak kena marah mcm Abang Sally marah tu?". Terus dia diam. Hahaha.

Now, we're waiting for Madagascar 3. Urm, bukan yang I tunggu-tunggu nak tengok tapi setiap kali lalu billboard, minah ni terus jerit "Nak tengok!".

Batrisyia ni, semua dia nak layan. Kadang-kadang, sama-sama duduk dengan I layan  CSI dan NCIS. Sampai adegan ganas sikit, I tutupkan mata dia. I rasa dia rajin teman I tengok TV sebab dia takde kawan dan sebab dia dah ngantuk. Tau-tau je dia dah tertidur.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.