Tuesday, May 08, 2012

Complaint to Pizza Hut

Ni sambungan cerita Pizza Hut tempoh hari.

I lodged a complaint through the website on last Friday. I buat waktu tengah hari. Petang tu customer service dari HQ dah telefon I untuk minta maaf. Dia minta I cerita semula apa yang terjadi. So I cerita. Masa complaint, I hanya cerita tentang kisah menu tu. Tapi bila dia telefon, I bagi tau apa yg I tak puas hati termasuklah tentang kakitangan yang tiada di floor. Menghilang ke mana sampaikanI yang kena bangun pergi cari mereka. Sorang pun takde kat floor. Bayangkan.

Jadi, dia minta maaf banyak-banyak dan katanya, dia akan hantar complaint tu ke Restaurant Manager.

Esoknya tu, I ke Gemas untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu. Elok pengantin tengah bersanding, dengan kompangnya, call dari restoran tu pulak yang I masuk. Terpaksa cakap kuat-kuat. Sekali lagi I kena ulang cerita dengan Manager tu pulak. Dia pun minta maaf.

Hubby tanya, kenapa tak minta free voucher? Aisey, setakat takde timun dan carrot tu, takyah la over sangat. Hehehehe... I cuma nak complaint agar mereka mempertingkat servis mereka. Dah la Pizza Hut tu yang paling dekat dengan rumah. Kalau next time nak pergi lagi dan masih terima layanan yang sama, mau I hangin terus buat pizza sendiri kat rumah :)

Kira ok juga la customer service Pizza Hut ni. Cepat mereka layan customer yang buat aduan. I pun tak salahkan mereka. I cakap, I ada je makan kat Pizza Hut tempat lain. Ok je. Cuma ni mungkin kesilapan kecil.

6 scribble(s):

Azizan Zolkipli said...

bila kita komplen, itu bukan bermakna kita marah. tapi kita sayangkan diaorg dan nak lihat mereka mempertingkatkan mutu.

jadi kenalah terima dengan minda terbuka, kannnn ...

p/s: bukan semua orang boleh terima kritikan huhuhu ...

Liz Rohaizat said...

azizan> betul. saya pun tak marah2 masa bercakap dengan mereka. mereka ingat saya nak marah tapi saya ckp, tujuan saya buat complaint bukan sebab marah tapi nak mereka tingkatkan mutu perkhidmatan

Irfa said...

kdg2 serba salah nak komplen sdgkan tahu sbg customer kita mmg berhak komplen..bukan apa,next time nak datang lagi..rasa cam tak best je pdhal bukan diorang kenal pun ;)

sy penah komplen piza labat siap..hampir 1 jam.manager bagi free 1 piza lagi

Liz Rohaizat said...

Irfa> kalau patut, kita complaint. takde salahnya di situ. tapi kena cakap baik2. baru mereka tak masam muka.

sarimah said...

bosan juga pizza hut kat kampar ni asyik x boleh terima kad kredit jer, mesin asyik rosak jer...siap tulis kat pintu masuk so kalau nak beli pizza yg ada diskaun 35% maybank kad kredit x blh ler beli....iklan bukan main lagi..dia x tau ker kalau buat macam tu mau lari pelanggan, jadi bosan dgn pizza ni nasib ler dah ada dominos pizza kat kampar ni...mahal sikit x per dari servis yg macam menipu ni

Liz Rohaizat said...

sarimah> ye ke? mcm tu pulak. kalau rosak sekali, ok lagi. tapi kalau asyik rosak, mcm pelik la pulak.

dominos pizza pun sedap!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.