Friday, May 25, 2012

Bunga foam untuk hantaran

Isnin lepas, pergi Jalan TAR. Then, singgah kat SSF. Tujuan utama nak cari bunga. Fuh, banyak artificial flower yang nampak real. Sekutum RM20 ke atas. Mmmm.. orang kaya beli la kot. Tapi bukan itu yang I cari. I cari ni.

Ada yang panggil bunga foam. Ada yang panggil bunga span.

Bunga ni sesuai digunakan untuk hantaran. Ia nampak real. Didatangkan dalam pelbagai warna, saiz dan harga.

Deretan bunga-bunga di SSF

Sekarang ni, trend orang gunakan fresh flowers untuk hantaran tapi kalau rasa renyah nak jaga dan gubah, boleh pilih bunga foam nie.Cantik juga kalau kena caranya.

Contoh hantaran. Maaf. I lupa ambil kat blog mana. 

Cantik! Sweet! Kalau orang tak belek betul-betul, memang boleh ingat tu fresh flower. Kepada bakal-bakal pengantin yang tercari-cari bunga untuk hantaran, maybe boleh consider gunakan bunga foam. I rasa cantiklah!

9 scribble(s):

semut-terbersin said...

a'a cantikk! U cr bunga tuk gubah hantaran ke? Ke tuk preparation deco raya nnt?

Syigim said...

liz, thanks so much for this info! my youngest sis is getting married this dec, bole la check out bunga ni utk hias kat hantaran, sbb mmg cantik! *excited*

Ely Hasrul said...

sekuntum 20hengget??!! baik aku bagi org makan gitu! tp kalu ade budget sukatilah hehe

Liz Rohaizat said...

Ila> ni utk hantaran. adik nak bertunang lps raya nanti. mula2 ingat nak pakai fresh flower sbb ada kedai pemborong dekat dgn office. tapi sbb musim raya kan.. malas nak turun kl semata2 nak ambil bunga

kak syigim> you're welcome! saya rasa cantik la bunga ni. tu yg share kat sini. kalau kena gaya, mmg org ingat tu bunga betul. yang saya beli ni, harga baru RM 8.90 untuk 10 kuntum

ely> serious babe! kalau aku, mmg takkan beli la bunga tu. giler. takkan nak letak sekuntum kat pasu, ye tak? paling tidak, mesti beli berkuntum2

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sambalhitam gorjes said...

Bunga span ni baru je bli kat JCP trading, ting 4 Metro Plaza Kajang..10pcs RM7.90..mmg cantik!

Liz said...

sambalhitam> murah dan cantik kan?

Anonymous said...

SSF tu ape?

Liz said...

SSF tu nama kedai

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.