Tuesday, May 29, 2012

Berfikiran positif pada Allah

Malam tadi, kami berkesempatan menonton Tanyalah Ustaz. Kelas ko, layan Tanyalah Ustaz sambil makan a bowl of cocoa crunch with milk. Lapar! Hehehe.

Tajuk malam tadi agak menarik: Berfikiran Positif. Skop bukan hanya tertumpu kepada berfikiran positif dalam hidup tetapi termasuklah berfikiran positif pada Allah. Ustaz bercerita satu kisah Rasullulah di mana ketika Rasulullah melarikan diri bersama Abu Bakar As Siddiq kerana dikejar orang-orang Quraisy, baginda dan Abu Bakar menyorok di sebuah gua yang kecil. Abu Bakar risau kerana di luar ada ramai orang Quraisy dengan senjata bakal menemui mereka bila-bila masa sahaja. Tapi Rasulullah menenangkan Abu Bakar dengan berkata bahawa di dalam gua tu ada baginda, Abu Bakar dan Allah akan menolong. Begitu yakinnya baginda kepada Allah.

Kalau belum rasa nak tidur, layanlah Tanyalah Ustaz di TV9. Banyak perkara yang kita boleh belajar. Ustaznya pun saling bertukar. Tidaklah ustaz yang sama. Jadi, memang best. Insaf la juga. Kadang-kadang bila ditimpa kesusahan, kita rasa Allah tak sayang kita. Kita tertanya-tanya, kenapa Allah tak tolong kita. Siapakah kita untuk menyoalkan apa yang ditentukan? Kita pun belum tentu seorang hamba yang taat kepada Allah. Sedangkan nabi-nabi pun diuji dengan pelbagai kesusahkan yang jauh lebih hebat, siapa sangatlah kita ni kan?

Allah itu Maha Mendengar. Kita perlu berbicara denganNya.

Nota : Tadi baru terfikir nak pergi cari kain pasang. Sambil buat kerja, mulut berulang kali amalkan ayat-ayat pembuka rezeki. Tiba-tiba my mom hantar sms, beritahu yang dia nak beri 3 helai kain untuk buat baju raya. Alhamdulillah. Rezeki juga tu kan? Now, ada sesapa boleh tolong jahitkan baju kurung tak?

4 scribble(s):

yana lyana said...

berdoa dan mengadulah kepadaNya..

Liz Rohaizat said...

yana lyana> betul! Dia pendengar terbaik

Ely Hasrul said...

aku kan setiap kali ditimpa dugaan kan.. sure aku terdetik.. alamak aku buat ape nih Allah duga aku.. ahhaha xdek skit pon tpikir nk putus asa atau mengeluh tp lebih kepada alamakk aku buat salah la nih hahahhaa

Liz Rohaizat said...

Ely> good for you!!!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.