Wednesday, May 02, 2012

Avery Lynn Canahuati 11/11/11 - 04/30/12

Pagi ni, I terbaca satu entry oleh Catlinafly . Dia bercakap tentang Avery. Yang memeranjatkan I, dia cakap mendiang telah meninggal dunia pada 30 April lepas. Kali terakhir I baca blog mendiang pada 29 April.

Hujung minggu lepas, I terbaca kisah Avery di Yahoo! News. Sedih kisahnya. Mendiang telah didiagnosis dengan penyakit SMA (Spinal Muscular Atrophy). Berita tu telah memberi tamparan hebat kepada ibu bapanya. Berhari-hari mereka menangis mengenangkan nasib anak mereka. Tetapi akhirnya mereka bangun dan cuba memberikan kehidupan yang terbaik untuk Avery.

Kalau korang nak baca kisah Avery, sila ke Avery's Bucket List. Minggu lepas, I sibuk baca semua entry kat situ. Walaupun baru tau kisah dia, memang terasa dekat je di hati. Ingat baru nak share blog ni dengan korang.

Tapi mendiang telah meninggal dunia pada 30 April yang lalu.

Kisah begini seringkali menyentuh mereka yang bergelar ibu bapa. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil yang tempoh hidupnya diramalkan singkat akibat sesuatu penyakit. Ibu bapa Avery merupakan contoh yang baik kepada semua. Walaupun mereka sedih dengan nasib yang menimpa anaknya, mereka cuba lalui hidup tu senormal mungkin. Malah, mereka siapkan Bucket List untuk dicapai.Bukan senang kerana ia memerlukan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa.

Her last photo. It was taken approximately 15-20 minutes before her lung collapsed and she went into cardiac arrest.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.