Friday, May 25, 2012

Antilop Highchair IKEA untuk dijual - Used item

Note: Sold!


Di zaman kegemilangan Batrisyia suka makan homemade baby food dulu, dia jadi pengguna setia highchair nie. Senang nak guna, senang juga nak lap kalau makanan tertumpah. Lepas tu ada tray pulak kat depan. Memang berguna.

Tapi bila Batrisyia dah cukup tinggi untuk duduk di meja makan, kerusi ni telah menjadi perhiasan di rumah. Memang takde siapa nak guna dah. Nak tunggu adik Batrisyia guna, sampai sekarang tak muncul-muncul. Hehehe..

So daripada jadikan hiasan, I buat keputusan untuk jual dengan harga yang lebih murah sikit daripada harga asal. Harga asal kerusi ni ialah RM54(kerusi) dan RM15(tray). So total RM 69.See, memang masih cantik. I jaga kerusi ni betul-betul sbb ia menjadi kenangan zaman I suka buatkan baby food untuk Batrisyia dulu.

Untuk kerusi ni, I nak jual dengan harga RM 50 sahaja. Tak boleh pilih nak kerusi saja atau nak tray saja (ada ke yg nak tray saja?). Mesti ambil 2-2 sebab I taknak simpan kerusi tanpa tray atau tray tanpa kerusi :)

Kepada yang berminat, boleh email di estli82@yahoo.com atau tinggalkan komen di sini. Kena self pick up di rumah I di Batu 9, Cheras.

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

highchair sami mmg xbleh jual and paling padah xbleh nk turun ke suci sbb kusi dia bleh pakai smpai dewasa even smpai 100kg (nauzubillah jgn la smpai 100kg haha).. yg xbeshnye.. kena la bli hichair baru utk suci nnti.. kena pujuk2 la kalu sami mau kasik penjam kalu idak xkan nk beli tak sama.. nk beli yg sama.. aku telan air liur lapan ribu kali.. haha

p/s- insyaAllah bile ko letgo brg tisya sat lagik adik dia muncul.. aminnnnn

Liz Rohaizat said...

"insyaAllah bile ko letgo brg tisya sat lagik adik dia muncul.. aminnnnn"

tersedak aku baca komen ko!

sami mcm taknak bg adik pinjam je. gerenti dia xnak share. kena la beli baru

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.