Friday, April 13, 2012

Ukur baju di badan sendiri. Jangan pandang badan orang lain

I tergelak-gelak dengar cerita rakan sekerja I. Hari ni dia buka cerita. Rupanya dia ni ada 3 isteri. Baru-baru sorang isteri baru bersalinkan anak. So dia ambil cuti beberapa hari. Masa dia cuti, ada sorang perempuan ni asyik call office bertanyakan dia. I pun ada juga bercakap dengan perempuan tu. Masa tu pelik juga, kenapa la rajin sangat perempuan ni telefon.

Rupanya perempuan yang telefon tu ialah isteri no. 2. I dah tergelak dah bila mengenangkan kembali kisah dia. Rupanya isteri pertama dan kedua memang ngam tapi mereka tak ngam dengan isteri ketiga. Dipendekkan cerita, akhirnya terkantoi yang lelaki ini balik ke rumah isteri no. 3

I tanya dia, “Kenapa nak sorok? Bagitau je la balik sebab wife bersalin”. Dia kata dia malas nak gaduh-gaduh. Nanti perang besar. Adoyai.

I nak kagum juga dengan dia ni. Gaji tak sebesar mana tapi sampai boleh beristeri 3. Fuh, kami yg suami isteri ni pun kena bajet-bajet nak bagi cukup. Mungkin Allah turunkan rezeki kepadanya dengan cara yang lain :)

Alhamdulillah, gaji I tiap-tiap tahun naik. Tapi semakin banyak gaji, semakin besar tanggungjawab. Anak pun semakin besar, semakin banyak duit nak kena sediakan untuk dia. Dia dah masuk tadika nanti, lagi la banyak belanja. Kalau I kira-kira sekarang ni, rasa macam tak mampu je. Tapi insya Allah, rezeki tu ada di mana-mana.

Mungkin sebab tu kami belum dikurniakan ahli keluarga yang baru. Wah, statement pujuk hati namanya nie! Sungguh, sekarang ni I dah tak kesah. Tapi I agak kesah la juga kalau orang cakap I sengaja taknak tambah anak. Kalau Humaira Batrisyia tu satu-satunya anak kami, I redha. Tak tau la hubby redha ke tak.

Orang nampak gaji tinggi sikit, orang rasa kita mampu ada serba serbi. Hakikatnya 80% dari gaji I, I gunakan untuk bayar bil, insurances dan pinjaman rumah. Tinggal 20% je nak survive untuk sebulan. Scary tak? I yakin, kalau I ada usaha, ada la rezeki dari mana-mana celah.

Yang penting, hidup ni kena bersederhana. Bak kata pepatah, "Ukur baju di badan sendiri"

4 scribble(s):

CIK NANA said...

Saya setuju!
Rejeki ada di mana-mana. And setiap anak datang dengan rezeki. :)
And kalau dapat RM10, belanja cuma RM6. Lebihnya simpan untuk contingency. That's what I did and Alhamdulillah, savings dah bertambah.
Susah-susah dahulu.

Liz Rohaizat said...

Nana> Betul. Dah taknak rasa hampa sbb tak pregnant lagi. I believe, time will come bila Allah tahu kita dah bersedia.

My mom pun cakap benda yang sama. Simpanlah walaupun setakat RM10. Kadang2 RM10 tu yang bakal selamatkan kita masa kita sesak. I believe her sbb dah nampak hasil dari apa yg dia usahakan

izzah azfar said...

kak liz : rezeki Allah itu yang tentukan, mungkin bukan sekarang tapi satu hari berturut2 pula :)

apapun suka entry ini..

Liz Rohaizat said...

izzah> yang penting, kita kena berusaha utk tambahkan rezeki. kalau duduk tunggu rezeki jatuh bergolek, tak dpt kot. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.