Tuesday, April 03, 2012

Tiada lagi raungan ketika menggunting rambut

A year ago, I thought this would never happened. Sungguh ni. Kalau la korang ada depan mata masa kami bawa Batrisyia pergi gunting rambut, korang pun akan rasa macam tu. Suara dia menjerit tu macam lah dia tengah sakit sangat. Orang yang lalu lalang pun boleh berhenti kat depan kedai semata-mata nak tengok kenapa budak kenit ni menjerit-jerit.

Air mata mengalir laju. Kesian je tengok tapi kena la potong juga kan?

Kadang-kadang kami potongkan rambut dia di rumah. Usually, I cuma trim kat bahagian dahi saja. Yang tu Batrisyia boleh tolerate lagi walaupun ada ketikanya dia meraung la juga.

Tapi sekarang, dengan gembiranya I boleh cakap yang Batrisyia dah besar. Dah tak takut pergi salon. Kalau masa hari raya lepas, nekwan nya kena teman dan pujuk, sekarang ni dia boleh duduk diam-diam kat atas kerusi tu sambil amoi tu 'kerjakan' rambut dia.




"Tisya nak gunting rambut kat Giant". Ni kali ketiga dia pergi gunting rambut di kedai yang sama. Mungkin dia rasa selesa kat sana. Ini dia budak yang mana setahun lepas masih meraung-raung bila sampai masa kena potong rambut.

Kalau ikutkan hati, nak biarkan rambut dia panjang. Tapi minah ni lasak la. Cepat je berpeluh. Bila dah berpeluh, dia mula menggaru leher. Lepas tu dah mula nak ruam. Jadi, lebih baik maintain pendek sikit dari bahu.

Kedai ni ramai juga pelanggannya especially perempuan Islam. Ada tempat tertutup khas untuk perempuan Islam. Tu yang ramai suka kot. Sapa yang duduk kat Senawang tau la kedai ni kat mana. Ala, depan KFC tu. Bagus juga la. Mereka ada inisiatif untuk bahagikan ruang khas tu. Takde la nampak aurat rambut kepada orang yang tidak sepatutnya.

Anak korang takut tak gunting rambut? Ke Batrisyia sorang je yang macam tu. Tapi rasanya tak sebab penah juga nampak anak orang lain meraung kat kedai tu.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

anak kakak aku yg laki tuh dulu kalu potong rmbut bapak dia kena ade sbb dia takut dgn bapak dia so mengeletar la dia kt kusi tuh haha.. skang pon dia xselesa nk potong rmbut tp dh beso so dia bleh handle la.. kalu idak jgn kan nangis siap lari laju2 dh la tembam susah nk pegang.. ekceli dia fobia dgn bende tajam potong2 nih sbb nk potong kuku pon kakak aku aje dia bagi tu pon dia cam seriau haha

CHeeSYaNa said...

Zarif pon meraung2 biler gunting rambut.. Pastu takut sangat sampai asyik nak berpeluk.. Sudahnyer, potong jugaks le rambut dier sambil dia peluk mommy.. huhuhu.. even kalau park kete depan kedai mamak potong rambut pon dia dah sibuk cakap "taknak gunting rambut"

Liz Rohaizat said...

ely> hahaha, i can imagine that sebab tu berlaku juga kat tisya masa dulu2. mmg haru rasanya setiap kali nak bawak dia pergi gunting rambut. tapi kira ok la dia takut dengan bapak dia.

yana> hehehe. awal2 dulu pun tisya siap kena dukung. sudahnya badan kita pun kena rambut. tapi tu pun masih meraung-raung lagi.

masa tu saya rasa mcm isk, bila la minah ni nak jadi tak takut gunting rambut. rasa mcm kena tunggu dia masuk sekolah rendah kot. alhamdulillah, nekwan dia ikut, dia jadi berani. sekarang dah takde masalah. tunggu la, masa zarif akan tiba

azhairi said...

sekadar nk berkongsi..aurat wanita islam didepan wanita bkn islam sama dgn aurat didepan lelaki bukan muhrim..so walaupun ada tmpat khas
utk wanita tp klu tukng gunting nya bkn islam xboleh gak..

Liz said...

azhairi> Ye, saya tahu tentang hal tu. Tapi ustaz saya juga pernah beritahu bahawa kita perlu lihat akhlak wanita bukan muslim itu juga. Kerana dalam sesetengah situasi, wanita muslim dan non muslim akan bercampur dan agak sukar untuk melindungi pandangan dari mereka. Malah, dia juga gunakan contoh penggunting rambut kerana kebanyakan penggunting rambut tu merupakan wanita dari agama lain.

Jadi kita boleh melihat akhlak wanita non muslim itu dari segi percakapan dan pemakaiannya. Jika dia seorang yang bersopan dan menjaga tutur kata, diharuskan mendedahkan aurat (dalam keadaan masih sopan) di hadapan mereka. Tetapi jika akhlak wanita tersebut kurang baik, diwajibkan menutup aurat seperti kita menutup aurat di hadapan lelaki bukan muhrim.

Wallahualam.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.