Monday, April 16, 2012

Sweet treats for the young at heart

Good morning!!

Semalam kami menghadiri mesyuarat pertama dengan wakil pemaju. Bila semua penduduk dari 4 blok berkumpul, barulah nampak ramai. Hehe... kalau tak tu, asyik nampak muka yang sama je.

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menubuhkan dan melantik AJK untuk JMB (Joint Management Body). JMB satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

Masa mesyuarat semalam, banyak juga perkara berbangkit yang dinyatakan termasuklah tentang penyewa "Awang Hitam" yang menginap di sana. Menurut Mr. William, ada 3 unit apartment yang telah disewakan kepada warga Afrika. Katanya juga, pemilik-pemilik unit tersebut merupakan 1Malaysia : Melayu, Cina dan India. Mr. William ada menelefon pemilik-pemilik tersebut untuk menyatakan kegusarannya terhadap kehadiran warga Afrika ni. Tapi pemilik tu marah. Katanya lebih kurang begini, "Ini rumah I. I ada hak nak sewakan kepada siapa". Wahhh, kalau korang duduk situ takpe la juga. Ni kami yg kena mengadap warga Afrika tu.

Barulah I tau rupanya ramai yang liat nak bayar maintenance fees. Ni pun ramai yg nak melunaskan pembayaran hingga fees bulan March sebab kalau tak bayar, tak layak untuk cabutan bertuah pada hari itu (10 buah Toshiba Regza 32 inch). Entah la. Apa perasaan eh bila tak bayar? Ramai juga yang kata fees tu mahal. Mungkin juga mahal tapi sementara kita decide jumlah bayaran yang sesuai ni, bayar je la. Janganlah banyak cakap. Dah duduk situ kan? Facilities nak tip top tapi taknak bayar. Bab bayaran ni, rasanya kena strict pada diri sendiri. Kalau dalam kepala dah cakap taknak bayar, memang tak bayar la jawabnya. But nvm, JMB akan mengambil tindakan kepada mereka yang taknak bayar fees ni.

A night before, kami menghadiri majlis harijadi anak buah. Hubby beritahu I sehari awal kot. Puas juga fikir nak buatkan apa. Then, teringat I nampak sesuatu di FB Imee. Lepas tu terus pergi google cara nak buatnya. Hehehe.. thanks Imee.

But first... atas permintaan, I buatkan pavlova :)

Lain kali boleh penuhkan dengan buah-buahan

Haa, inilah yang I buat untuk kanak-kanak. Opss, ni bukan cake pop. Yer la, dulu I beriya sangat nak cuba buat cake pops. Sampai ke sudah tak buat-buat :p

Chocolate Covered Marshmallow

This is a keeper. Tak terlalu manis pun sebab chocolate ganache tu I gunakan dark chocolate. Manik warna warni tu pun tak la penuh satu marshmallow tu. Tabur-tabur gitu je. Kalau korang perlukan sesuatu utk birthday party, rasanya sesuai nak buat ni. Kalau nak tengok cara nak buat, boleh check kat sini : Chocolate Covered Marshmallow

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

kalu ade yg xbyr mentenen tuh yg menyusahkan org lain sbb nnti mgt xcukup fund nk menten itu ini.. facility nk tip top tp nk duk free nyiampahh eh aku plak yg over haha.. ini lah bahana duk condo lama sgt haha

Liz Rohaizat said...

ely> hahaha, ko mesti dah merasa mcm2 kan? aku mcm tak percaya bila mgt suruh orang yg dah byr fees bulan april, angkat tangan.. tapi yg angkat tangannya berapa kerat je. xtau la diorg. mcm aku, sebelum 1hb aku dah bagi setel. tak suka lambat2

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.