Monday, April 02, 2012

Orang yang tidak bertimbangrasa

Pagi ni hujan lebat kan? Kalau la hari ni Sunday, mesti best! :)

Kalau hujan pagi, kami akan cuba keluar dari rumah seawal mungkin. KL ni lain sikit. Bila hujan, kesesakan lalu lintasnya lain macam. Untuk mengelakkan stress, kena la keluar awal.

Masa sampai taska Batrisyia, hujan masih lebat. Lebat dia kan, macam kalau korang pakai payung pun, separuh badan boleh basah. Faham tak? I describe sikit taska Batrisyia. Terletak di corner lot di sebuah kawasan perumahan. Kawasan tu pulak ada guard dan hanya ada 3 jalan untuk keluar masuk. Jalan lain, dihalang dengan pagar besi.

Kat taska Batrisyia, ada pagar besi. So depan pagar tu, penduduk sekitar jadikan tempat letak kereta mereka. Biasa la, kalau dah ada lebih dari 1 kereta, mesti la park kat luar rumah kan? Tapi ni sampai ke depan pagar besi tu pun nak park. Ok lagi la..

Yang menjadi masalah, jiran depan taska tu, dengan corner lot yg boleh muatkan 2 biji kereta, dia pergi park satu van dia kat depan taska. Betul-betul tepi pagar taska. Ruang masuk muat-muat je untuk satu orang lalu.

Patut tak I marah dalam hati? Bukannya diorang tak tau taska tu buka pukul 7. Bukannya dia tak tau pagar taska tu akan dibuka untuk memberi laluan kepada kereta ibu bapa masuk ke dalam ketika hujan. Mungkin dia rasa hari tu tak hujan. Tapi kenapa sampai park betul-betul kat sebelah pagar?

Dah la hujan lebat. Dengan dukung anak yang telah tidur. Dengan bawa beg pakaian. Menguji kesabaran betul. Lagi geram bila depan rumah dia tu kosong. Van ko, park la depan pagar ko. Apa masalahnya?

3 scribble(s):

pizet said...

penting diri tu...ada la nasib dia dikemudian hari...basah hujan tu plak kan menambah panas la hati di pagi hari

Ila said...

geram sangat kan...org macam tu pentingkan diri sendiri

Liz Rohaizat said...

pizet> tang basah tu yg buat geram. lg geram bila tgk depan rumah dia tu kosong.

ila> xtau la kenapa dia buat mcm tu. bkn dia xtau pagi2 org hantar anak ke taska

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.