Friday, April 06, 2012

Miss Independent no more

Dari kecil, I dah diajar untuk berdikari. 21 tahun yang lalu, suasana persekitaran kita mungkin lebih selamat daripada sekarang. I okay je duduk rumah sorang-sorang sementara tunggu waktu untuk ke sekolah sesi petang. I rasa my parents pun ada diam-diam minta jiran-jiran tengokkan I kot. Setakat kat rumah lama tu, mana sangat la I boleh pergi. Paling jauh pun pergi rumah jiran yang bawa van sekolah selang 2 blok dari rumah I. Tak pun pergi rumah Nizam yang selang satu blok.

Kerja waktu pagi hanya main dengan kawan-kawan. Kerja sekolah memang dah siap malam tu. Sampai masa, balik rumah, mandi, makan dan bersiap ke sekolah. Fikir-fikir balik, beraninya I tinggal rumah sorang-sorang.

Sekolah menengah, I masuk SBP. Berdikari lagi. Even though rumah I dekat negeri yang sama, I tak pernah hantar balik baju kotor melainkan bila air kat hostel takde atau masa balik rumah sebulan sekali. Kalau nak ajar anak berdikari, masukkan dia ke sekolah berasrama. Anak tu insya Allah akan tau hidup sendiri. I harap sangat dapat hantar Batrisyia ke sekolah berasrama. Some how, best sebenarnya hidup di hostel. Korang takkan dapat pengalaman yang best-best kat luar. Ada nampak iklan Maggi baru-baru ni di mana budak-budak hostel makan maggi beramai-ramai? Yeah, korang takkan dapat pengalaman makan maggi dari baldi (yg semestinya bersih, bukan baldi buat cuci baju tu) secara berjemaah di dorm atau bilik study.

Lepas sekolah menengah, sambung belajar di Melaka pulak. Makin jauh dari keluarga. Balik pun tak tentu. Kadang-kadang sebulan sekali. Parents pun ada datang jenguk sesekali. Hidup jauh dari pandangan mata keluarga membuatkan kita perlu bijak. Overall, uni life dan apa-apa perkara yang berlaku sepanjang waktu tu berjaya mematangkan diri. Sesuatu yang berlaku pada waktu tu membuatkan I bangun dan percaya yang I tak boleh bergantung harap pada sesiapa. I perlu hidup untuk diri sendiri.

Tapi tu dulu. Sekarang I dah lupa diri I yang dulu. I bergantung pada orang lain. Not good. Macam mana kalau orang lain tu takde? I sendiri yang I akan ditimpa kesusahan.

Liz, wake up!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.