Thursday, April 12, 2012

Merisik si pengarang jantung

It's official... adik I kena bekerja keras simpan duit mulai hari semalam! :p

Setelah mengenali antara satu sama lain selama lebih setahun, sampailah masanya kedua-dua keluarga berkenalan dan duduk berbincang.

So little brother bought the rings. Beli terus cincin tanya dan cincin bertunang. Dapat la diskaun sikit. Fuh, mahal juga harga cincin sekarang. Nasib baik I kahwin 5 tahun lepas. Hehehe. To make it simple, both side bersetuju untuk datang berbincang sesama keluarga instead of siapkan rombongan khas sampai berbalas pantun dan bertepak sireh. Senang kautim! Yang tu kita tunggu waktu bertunang nanti.

Cincin tanya

Sebenarnya, merisik ni tak perlu sebab masing-masing dah kenal. Cuma family belah sana belum kenal family belah sini walaupun kami adik beradik dah datang beraya ke sana tahun lepas. Jadi kiranya merisik kali ni lebih kepada proses berkenalan antara 2 keluarga. Tak perlu dah tanya soalan cepu emas kat Sikin samada dia setuju ke tak. 100% percent dia setuju :p

To close the deal, we brought cincin belah rotan as a "booking fee". I baked Chocolate Cake agar tidaklah cincin tu "tergolek-golek" datang bersendirian. Ahaks.

Chocolate Cake with almond flakes.
Mama suruh buat simple je.. maka simple la jadinya.

Perbincangan berjalan lancar. Macam I cakap tadi. Family perempuan memang bersederhana. Mereka boleh dibawa berbincang. Tidaklah memberi apa-apa tekanan.

Lepas berbincang, kami dijamu dengan lauk pauk yang best. Nampak ayam tu, dah tau best sebab dah pernah makan masa raya tahun lepas. Memang sedap! Lepas tu ada tauhu sumbat. Yang tu pun sedap. Sos dia memang best la. Bak kata Qi JJCM, "ada masam-masam sikit, ada manis-manis sikit.. secukup rasa". Hubby I sampai makan 4 ketul tu. Isk...

Jadi adikku, selamat menyimpan duit. Bukan murah nak kahwin eh walaupun yang wajib tu nikah saja. Tapi kalau dah ada majlis, kena la mengumpul duit juga. Don't worry. Kita cuba kurangkan kos selagi boleh. Tak perlu sampai pinjam bank.

Mereka akan bertunang seminggu selepas raya. Jadi dalam bulan 7, dah kena mula buat preparation. Dah puasa nanti, sibuk buat hal lain pulak.

Semalam, cuaca panas betul kan? Sampai je KL, terus beli A&W Sarsaparilla, vanilla ice cream dan wallah...

Jemput minum!

Bukan selalu minum air bergas. Tak minat pun. Batrisyia lagi la, dia memang tolak air gas. Tapi bila letak ice cream, dah takde rasa gas tu pun. Laju je lalu kat tekak nie. Batrisyia? Dah jadi float pun, dia tolak. Dia kata, "Air pahit!"

6 scribble(s):

Ely Hasrul said...

congrats kt adik ko! sakit jiwa aku tgk float tuh haha..

sami smpai skang jgn air gas, air tebu, air kelapa air kt pasar mlm pon dia kata xsedap.. paling2 kuat air oren, sirap, teh dia minum. paling faveret dia air kosong dgn milo. bagus mmg dia mcm tisya senang haha

Liz Rohaizat said...

ely> thanks ely! float tu mmg best sebab buat sendiri. so boleh letak ice cream byk2. hehehe...

wah, sami mcm tisya. dia pun minat air kosong je. mmg senang la juga sebab aku x payah risaukan dia pilih air gas

Azizan Zolkipli said...

wahhhh, nanti tahun ni tambah ahli keluarga baru lah ekkk ...

tahniah untuk korang !

Liz Rohaizat said...

azizan> thanks. tahun depan kot baru tambah. dah lama tak buat kenduri kahwin ni. sebab tu semua org excited

chenta hatie said...

oh , no wonder asyik tersedak je . hahaha . kak , terima kasih ye kerana berjaya membuat anak buah saya duduk diam "5 minit" sebab kek akak yang sangggaat sedap tu . :)

Liz Rohaizat said...

sikin> welcome. kek coklat je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.