Wednesday, April 18, 2012

Lagu dan irama yang berbeza

Benda ni tak la berapa penting tapi I terfikir masa berseorangan di dalam kereta ketika hujan lebat petang semalam (walaupun hujan tu agak tak releven dimasukkan ke sini). Hubby belum sampai lagi. Lagu rock dari kumpulan baru berkumandang di radio. Sambil terangguk-angguk melayan, sambil puji dalam hati, “Sedap juga lagu ni”.. I terfikir sesuatu.

Pemilihan jenis lagu kami berdua agak berbeza. Dah kata umur jauh beza. Jadi, jenis lagu yang didengar agak berbeza la juga.

Hubby layan lagu Khatijah Ibrahim… I layan Kelly Clarkson
Hubby suka dengar Sinar FM… I suka Red FM
Hubby kenal Lefthanded… I kenal Maroon 5
Tapi kami sama-sama suka Taylor Swift (sekali lagi tidak releven di sini)

Ok, you got the picture!

Jadi, bila masuk dalam kereta, selalunya memang dah terpasang Red FM. Lagu-lagu yang diputarkan sesuai dengan telinga I. Tapi I perasan la juga. Katakanlah malam tu hubby keluar naik kereta. Hari esok tu, mesti radio dah terpasang Sinar FM atau Light & Easy. So I tau dia layan channel tu malam tadi.

Kadang-kadang I tak mampu nak layan Sinar FM lama-lama sebab tak kena dengan halwa telinga I. Light & Easy I boleh layan lagi sebab minat la juga. Adakah bila I layan Red FM, dia juga merasakan begitu? Jeng jeng jeng…

Mesti dia geleng kepala setiap kali lagu Falling In keluar sebab I akan cakap ayat yang sama, “Lagu ni best!!!”. (Kalau dia baca ayat ni, I yakin dia tak tau Falling In ni lagu yg mana satu).

Untuk korang yang mempunyai suami yang meminati genre lagu yang berlainan dari diri korang sendiri, macam mana korang handle benda ni? Tiba-tiba I rasa kesian dengan hubby sebab dia terpaksa layan Red FM setiap pagi dan petang.

I tau perasaan tu sebab setiap kali Batrisyia naik kereta, dia akan pasang lagu Suasana Hari Raya berulang kali sampai la ke saat dia turun dari kereta walaupun lirik "Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa" tu tidak lagi releven :)

6 scribble(s):

Ely Hasrul said...

ya allah tu ke lagu tisya?? hahahhahaahahhahahha lawak okehh

aku smpai satu tahap xingat bila aku suka dgr lagu melayu, dulu dgr era skang dgr hot. tp papi kalu berkesempatan bila aku xskalik dlm kete dia akan psg hits tp kbykan masa dia akan dgr ikimfm eh ikim ke ikip? aku xtau tp aku layan aje lah xkan nk ckp xmo dgr tazkirah kang xpasal2 aku kena tazkirah dlm kete zzzz

Liz Rohaizat said...

ely> iya! dia siap ajak org nyanyi eh. part perempuan dia nyanyi. part lelaki, abi dia nyanyi. aku tak boleh nyanyi. cis!

aku dulu suka lagu melayu. skrg kureng. maybe sbb tangkap leleh sgt. i kan rock. hehe.. oh, tu ikim. hubby aku pun suka dgr. hahah, sama la kita. kalau dia buka tu, aku tak berani nak tukar.

Iena Eliena said...

salam..
singgah follow sini :)
jom follow cik iena jugak(^_~)
www.ienaeliena.com

Liz Rohaizat said...

Iena> hi. salam kenal

Anonymous said...

aku ade CD yg beratus ade lagu type aku je..britney,mar0on 5..eh husband aku takmo kalah..burn jugak lagu rock2 die..sebolehnye kiteorg tak pasang cd memasing kalo partner ade..layan radio je..hanya utk jln jauh,aku redha je,husband pasang lagu die..kan die yg drive...

Pepagi,kalo bersma gi kerja,aku lyn je sinar FM..husband suke...lagu fail la..lwak kak engku sume tu klako gak...

Tp bile aku drive sorg..aku layan trax FM..ke ke ke..sebab lagu die uptodate...

Tp bg aku lah..pasal lagu dlm kete..tkyh bergaduh le..smallest matter kot..byknye,aku lah redha je,dgr lagu rock..

maisya-mls sign in

Liz Rohaizat said...

maisya> kalau sampai bergaduh sebab radio, melampau la. hahahah

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.