Friday, April 20, 2012

Jalan-jalan naik komuter baru

Hari tu… bukan 2 hari lepas, ni cerita lebih seminggu yang lepas, kami bawa Batrisyia naik komuter dari BTS ke Seremban. First time tau sekeluarga balik ke sana naik komuter. Nak merasa sangat komuter baru tu.

Tapi hampa sebab pagi tu, komuter lama pulak yang muncul. Takpe la, redah saja.

Balik dari majlis ini, adik I hantar kami ke Stesen Seremban. Nampak la komuter baru tu berhenti. Wah, lawa. Tak la berwarna biru kuning tu. Warna putih. Nak-nak pulak, komuter tu nak bergerak menghala ke KL. I cepat-cepat beratur beli tiket. Hubby berlagak sikit sebab dia ada Touch & Go. I punya T&G dia dah hilangkan. Bila nak ganti nie?

Wah, besar juga keluasan gerabak. Cantik dan bersih. Mungkin sebab baru lagi. Siap skrin untuk beritahu nama stesen dan ada la diorang pasangkan cartoon. Masa tu mereka pasang cartoon Tom & Jerry. Kalau ada bawa anak, leka la diorg tengok agaknya.


Pukul 8 pagi!

Komuter baru ni mementingkan orang kurang upaya. Ada ruang khas untuk penumpang berkerusi roda. Keluasan bahagian tengah juga memudahkan kerusi roda lalu. Kalau ramai penumpang yang berdiri, tak la rasa ala-ala dalam tin sardine cap komuter macam naik komuter lama tu.

Di bahagian atas pintu pula, ada peta setiap stesen. Kalau dulu, peta tu statik. Kini, ada LED menyala di setiap stesen. Katakanlah komuter tu on the way ke stesen Mid Valley, LED di bahagian Mid Valley akan berkelip-kelip. Jadi, penumpang yang pekak boleh tau komuter ni nak sampai mana.

Pukul 3 petang

Kalau dulu, driver akan umumkan nama stesen setiap kali komuter nak berhenti. Kalau driver penat, suara pun kedengaran penat. Lepas tu tak berapa nak dengar. Tapi untuk komuter baru, suara perempuan yang jelas dan lantang kedengaran. Sudah dirakam terlebih awal. Jadi, confirm tiada suara penat keluar dari speaker.

Thumbs up untuk gerabak baru ni. Harapnya tukar la semua gerabak lama tu dengan gerabak baru.

Cuma yang masih perlu dipertingkat ialah ketepatan masa komuter tu. Yang ni memang perlu buat sesuatu la.

6 scribble(s):

weed said...

anak branak dua org ni nak jd model ktm ke ape?hahahaha...

btw...mmg cantek...hope dijage la ngn baik oleh pengguna as well as ktm...

Liz Rohaizat said...

weed> orang tak ramai pagi tu. boleh la bergambar. kalau tak,segan la.

Ely Hasrul said...

wahh beshnye! eh bape hengget tambangnye Liz? Sami suka naik segala bentuk public transport (sila ingtkn dia bile dia beso nnti jgn nk mintak kete!) so besh gak kalu bwk dia naik komuter smpai somban! haha ape ntah motipnye

Liz Rohaizat said...

ely> tambang? urm.. BTS ke Seremban dalam 5 ringgit lebih je. try la naik komuter baru tu. mmg puas hati

Anonymous said...

buat la selalu la balik senawang naik komuter :-)

jet lee

Liz Rohaizat said...

jet lee sayang... takde maknanya. baik naik kereta.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.