Tuesday, April 24, 2012

Al-Fatihah buat jiranku

Semalam, masa hampir-hampir nak sampai ke rumah, sebuah motor pintas kami dengan lajunya.

"Hah, tu Iqbal"

Oh, pengerusi JMB rupanya. Laju betul dia bawa motor. Dengan tak pakai helmet nye. Agaknya dia buka masa dah nak sampai ke rumah.

"Ganas betul pengerusi ni. Bawa motor laju-laju macam mat rempit"

Sampai kat rumah, jiran depan pun baru balik. Baru dapat tahu cerita yang ada seorang jiran di blok lain telah meninggal dunia petang semalam. Arwah bekerja di farmasi HUKM kalau tak silap. Arwah rebah dan meninggal dunia.

Sebab tu pengerusi cepat je nak balik kot. Panggilan bertugas! Arwah merupakan salah seorang AJK JMB. Walaupun mereka baru kenal, rasa terkejut dan sedih tu mesti terasa juga. Sedangkan kami yang hanya pernah nampak arwah pun terkejut dengan berita tu.

Surau kat blok tu belum siap. Nasib baik ada surau di blok Fasa 2. Hubby dan Iqbal jumpa AJK surau di fasa 2 untuk minta pertolongan mereka untuk tumpangkan jenazah.

Seringkali kita terleka dan seolah-olah terlupa bahawa mati tu tidak mengenal usia. Bila berlaku kematian mengejut begini, barulah kita tersedar. Barulah kita takut jika nyawa kita direntap tiba-tiba tanpa amaran. Sebab itu Allah suka jika kita terlibat dengan kerja-kerja pengurusan jenazah kerana proses tu boleh menginsafkan semua orang. Rajinkan diri menghantar jenazah hingga ke tanah perkuburan.

Mati itu pasti tapi kenapa ramai yang mengejar apa yang tidak pasti?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.