Monday, April 09, 2012

2 kemalangan menerbitkan 2 perasaan yang berbeza

Semalam, kita dikejutkan dengan 2 berita kemalangan yang berlaku di Terengganu. Kalau korang tengok berita, mesti korang perasan berita ni.

Kemalangan pertama melibatkan 2 buah motosikal. Motosikal pertama bergesel dengan sebuah kereta dan pemandu motor tercampak lebih kurang dalam 20 meter (mengikut kata-kata saksi). Dia kini berada dalam keadaan koma di ICU. Motosikal yang kedua pulak cuba mengelak kereta terbabit. Walau bagaimanapun, ia terlanggar belakang kereta dan pemandu jatuh di atas jalan raya. Sebuah kenderaan Nissan Sentra cuba mengelak tetapi melanggar pemandu motor tersebut.

Kalau tengok footage, memang ngeri. Darah menyembur di jalan raya. Keadaan mayat sangat menyayat hati. Menurut berita, orang ramai sempat ajar pemuda tu mengucap khalimah syahadah. Arwah mengalami kecederaan teruk di kepala dan kedua-dua belah tangannya patah. Arwah meninggal dunia dalam keadaan bersujud. Muda lagi orangnya. Minggu depan (ke bulan depan) arwah akan dapat sijil kerana berjaya menamatkan pengajiannya.

Sedih sangat. He was so young. Kalau ajal tu dah sampai,tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Kemalangan kedua pula melibatkan mat rempit. Menurut saksi, mat rempit terbabit terlibat dengan lumba haram dan ketika kejadian berlaku, arwah sedang melakukan aksi Superman. Arwah cuba mengelak pembahagi jalan lalu terbabas. Yang ini pun ngeri juga hingga ada footage menunjukkan isi otaknya di jalan raya. Footage hanya dikeluarkan di Berita Terkini. Bila berita utama, takde dah video tu. Mungkin ngeri. Rakan-rakan mangsa cepat beredar apabila melihat rakannya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tiada rasa simpati. I rasa ia boleh menjadi pengajaran kepada mat rempit di luar sana. Korang tengok la. Bila jadi macam ni, rakan-rakan yang merempit sama-sama pun boleh lari. Orang macam tu ke yang korang nak ikut?

4 scribble(s):

Azizan Zolkipli said...

rempit, rempit juga. tiapa tiada semangat setiakawan lah yang lari tinggalkan kawan masa susah. apa punya 'rider' lah camni huhuhu ...

Liz Rohaizat said...

azizan> wah, mat rempit pun boleh dikategorikan sebagai "rider" ke? hehe, adik saya pun rider tapi yang jenis berhemah di jalan raya. mat rempit ni elok dikategorikan sebagai stunt man je.

dah kata terlibat dengan lumba haram. agaknya kwn2 dia takut kena tangkap kot. tu yg semua cabut lari.

maisy said...

Arwah Izzat yg meninggal tu ank sedara husband mak sedara aku..tgh aku duk tunggu ayah aku kat hospital..mak sedare aku cite..husband die hari2 lawat ayah aku,tk dpt dtg semlm sebab mandikan anak sedara die..Izzat anak kesayangan and muka die tak dek rupe dah sebelah..kesian sungguh....

Liz Rohaizat said...

maisya> sampaikan salam takziah kepada keluarga arwah. kalau tgk footage, mmg arwah cedera teruk. tak sanggup aku tgk video tu. motor tu hancur kat bahagian depan sebab terperosok kat bwh kereta.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.