Tuesday, March 20, 2012

Wajarkah kerajaan Indonesia demand macam tu?

Wah, kecoh juga pasal maid eh? Apabila kerajaan Indonesia menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum mereka mula membekalkan semula maid ke Malaysia, satu MOU terpaksa ditandatangani antara 2 negara. Tetapi ketika pihak Indonesia member syarat terbaru iaitu satu maid untuk satu jenis pengkhususan saja, ramai juga yang marah.

Mana tidaknya.. Dah la gaji minimum sebanyak RM700, dengan makan dan tempat tinggal disediakan majikan.. lepas tu buat satu jenis kerja je. Ewah, sedap! I yang tak pakai maid pun rasa tuntutan tu tidak munasabah. Kenapa mereka berani demand? Sebab mereka tau ada permintaan di sini. Kalau nak sangat maid, kena la mematuhi syarat-syarat tersebut.

Satu surat pembaca di The Star semalam membuatkan I terfikir. Pembaca tu cuba mengajak kita berfikir akan impak kemasukan pekerja asing khususnya dari Indonesia. Katanya, kadar kelahiran anak pekerja Indonesia lebih tinggi dari kadar kelahiran penduduk Malaysia sendiri. Tak tau la betul atau tidak tapi jika ia satu fakta yang benar, korang pun akan tau apa impaknya di masa akan datang.

Tapi yang buat I senyum-senyum apabila pembaca mengatakan keluarga yang ada maid, rata-rata anak kecil mereka tidak pandai membuat kerja rumah. Tak pandai menyapu sampah, melipat kain, membasuh kain sebab semuanya maid yang buat. Wah, sampai macam tu sekali ke kesan negatifnya?

I rasa tu hanya akan berlaku kalau semua kerja rumah diserahkan bulat-bulat kepada maid dan ibu bapa tiada inisiatif ajar anak buat kerja kat rumah. Untuk mereka yang mempunyai keluarga besar, kehadiran maid boleh mengurangkan beban kerja yang terpaksa dipikul oleh ibu bapa. Itu kita tidak nafikan. Malah, daripada hantar semua anak ke nursery dengan bayaran yang susah tentu mahal, baik hire seorang maid untuk jaga semua anak kita. Tapi kita pun tak boleh la sampai lepas tangan tak jaga anak sendiri. Betul tak? Kena la ajar anak, bagi dia pandai buat kerja rumah. Tak susah pun. Batrisyia pun rajin lipat baju dia sendiri bila nampak I lipat baju. Walaupun tak kemas, menjadi juga la dia lipat tu.

Cakap pasal anak, I dah mula start fikir macam mana nak tentukan masa ketika dia mula bersekolah rendah nanti. Gap antara sekolah rendah dan sekolah agama tu yang nak kena plan elok-elok. Korang yang dah ada anak bersekolah rendah atau mungkin tengah fikirkan tentang hal yang sama, ada idea tak? Yang pasti, Batrisyia tidak akan di bawa ke office. Ada orang bagi cadangan masukkan ke sekolah integrasi. I masih fikir-fikir lagi. Kalau boleh, biarlah ia pilihan terakhir.

Ada masa 2 tahun setengah nak fikirkan :)

2 scribble(s):

mommyNadia said...

Hi Liz,
Sebab ada permintaan tinggi lah jadik macam ni kan..government shud come with better plan to overcome this. Kalau ikut je,lemak diorang..Pernah dgr org atasan bgtau, Indonesian yg lepas test or cerdik kira2, semua dihntr keje kilang, so yg bawah2 sket ni dihntr jadik maid..compare dgn filipinos yg setengah ada kelulusan utk jadik domestic helper..so shud they demand us for this??not worth at all kan....
I sekarang tgh nak hntr anak start kindy pun dah pening, ada setengah kindy takde daycare, need transp bagai..mmg pening..;)

Liz Rohaizat said...

mommyNadia> hi mommyNadia! betul, sebab ada permintaan la diorang berani nak minta macam2. katanya, kalau taknak penuhi, diorg taknak hantar maid. kalau la boleh kita jadi berani hidup tanpa maid, baru padan dengan diorg kan?

tapi tu la. diorg juga yg nak cari keje kat sini. x dpt masuk secara halal, masuk secara haram. buktinya, berapa ramai PATI yang mendaftar dlm program 6P tu.

alhamdulillah, saya dah tak pening psl kindy sbb kindy yg saya jumpa, ada terus transit utk parents yg nak letak anak kat sana sampai ptg. selamat! tapi tetap pening fikir psl sekolah rendah nanti.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.