Monday, March 19, 2012

Pusat Darah Negara yang sangat selesa

"Umi, kenapa dia ambil darah Umi?" tanya Batrisyia apabila melihat kesan lebam di tangan umi dia.

"Sebab nak bagi darah kat orang sakit". Tu je yang I mampu explain setakat nie.

Last week, buat pertama kalinya kami ke Pusat Darah Negara untuk menderma darah. Asyik terlepas blood donation drive kat luar je. Alang-alang boring kat rumah, terus pergi ke sana. Untuk pengetahuan, kini PDN dibuka pada hari Ahad sehingga pukul 4 petang. So kalau busy sangat masa hari lain tu, boleh je walk in pada hari Ahad.

Kat kawasan lobi, nampak sunyi sepi je. Staffs kat sana sangat peramah dan bersedia menjawab apa saja soalan. Kebetulan dah ada kat sana, I terus tanya tentang pendermaan aferesis (Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.). Berminat nak terlibat dengan aferesis. Rupanya, mesti menderma di PDN sekurang-kurangnya 2 kali sebelum layak menjadi penderma aferesis kerana pihak PDN akan monitor keputusan darah kita.

Nampak sunyi dari luar tapi bila masuk kat bilik penderma, ramai juga kat dalam tu. Ada yang datang seorang diri. Ada yang bawa satu family. Ada satu keluarga tu, I kira-kira eh... seorang pemuda tu derma aferesis, kaum kerabat dia yang lagi 4 orang tu derma darah. Kagum! Kalaulah I boleh bawa satu family I pegi derma darah, kan best.

Nurse yg attend I tak banyak cakap tapi agak mengambil berat la juga. Baru je dia cucukkan jarum, dia dah cakap yang kulit tu bengkak sikit dan akan lebam sikit. Sekali betul. Hari ni, dah lebam sebesar duit syiling 20 sen yang lama tu. Cuma tak sakit je. Elok pulak masa hujung-hujung nak siap, darah tak tak mengalir. Rupanya dah beku. Sepanjang hayat, pernah 2 kali je kena lebam lepas menderma. Ada nampak brochure tentang perkara ni tapi tak baca pulak.

Satu perkara yang I buat I rasa nak pergi PDN lagi ialah kebersihan dan keselesaan untuk penderma. Kalau kat luar, orang keliling akan tengok kita. Dah jadi macam show sebab kadang-kadang, diorg suka berdiri kat tepi sambil tengok kita derma darah. Bukannya nak jadi penderma pun. Kalau kat PDN, takde siapa akan pandang kecuali penderma yang lain. Tu pun kebanyakan penderma akan tengok TV yang terpasang kat bilik tu. Lepas tu tempat ada penghawa dingin. Sejuk la. Selesa.

Paling menjadi kesukaan hubby, refreshment yang disediakan di sana memang tak sama macam kat luar. Kalau kat luar, kita akan dibekalkan dengan biskut, roti dan air panas. Kalau kat PDN, dah macam cafe. Masa kami datang, kam dibekalkan dengan air kotak, air panas (boleh minta nak air apa), sebiji buah epal, satu tupperware kecil nasi lemak dan 2 biji kuih. Terasa sangat dihargai.

I nak jadikan ini satu rutin setiap 3 bulan. Setakat ni dah berjaya "heret" hubby buat perkara yang sama. Dulu, dia pun tak nampak kepentingan menderma darah. Mungkin kita tak nampak kepentingannya sebab kita tak perlukan darah. Cuba kita letak diri kita di tempat mangsa kemalangan, orang di bilik bedah yang perlukan tambahan darah, ibu melahirkan anak yang tumpah darah... Mereka ni yang perlukan darah dari penderma darah. Bayangkan orang yang kita sayang tergolong dalam kumpulan yang perlukan darah, semestinya kita mengharapkan ada stok darah untuk dirinya.

Ok la, kalau korang ada masa.. berkunjunglah ke PDN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk menderma darah. Rutin setiap 3 bulan tu mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

9 scribble(s):

Syigim said...

alhamdulillah, seronok baca posting ni. hanya Allah yg dpt membalas :) suami kak br derma darah last wk anjuran bikers dubai tp dia pegi ngan gang bikers dia. kak ni penah tulis posting psl derma darah tp diri sendiri xpenah :P insyaAllah one day :)

Liz Rohaizat said...

kak syigim> post ini bukan utk menunjuk sebaliknya dah mcm kempem utk beri galakan kepada orang lain agar menderma darah.

hubby saya dulu, mmg mengelak nak derma. alasan dia takut jarum. sekali saya paksa, sampai pucat muka. tapi lepas tu, dia pun seronok.

saya kalau bagi kempem tak berbayar psl derma darah dengan derma organ, mmg bersemangat. susah nak yakinkan orang. hanya mampu bercerita kat sini je

Azizan Zolkipli said...

saya selalu pergi, tapi cuma jadi jurufoto untuk rakan2 menderma darah aje. rasa pitam aaa bila tengok darah sendiri walaupun sedikit, 'mabuk darah' bak kata istilahnya.

tapi yang peliknya, bila tengok darah orang lain elok aje huhuhu ...

Liz Rohaizat said...

azizan> lelaki pun mabuk darah? hehe.. kalau camtu, jgnla ditenung darah tu lama2. tutup mata sampai nurse kata siap

Ely Hasrul said...

aku dulu keje kt area blkg titiwangsa, balik keje kul 4pm so sementara tunggu papi aku singgah la situ dulu mmg besh patu siap paksa2 rehat & mkn dulu sbb aku selalu nk cpt2 blk. cuma dorg penah tnya nk tk derma plasma tp aku tolak sbb durationnye lama.. 45mins xsilap aku, papi xpenah nk join sbb dia takut jarum cuma aku xpg situ lagik la pas tuka tmpt keje patu dh pegnen patu dh mnyusu mmg dh lama sgt lah xderma. xlayak hihi.. eh ko lepas ek nk derma bukan ko berat 40kg je ke? kihkihkih

Liz Rohaizat said...

ely> first... banyaklah ko punya 40kg!! hehehe... aku layak ok. papi pun takut jarum? kenapa la lelaki gagah selalunya takut jarum. kita yg tak gagah ni rileks je

plasma(aferesis) mmg lama la.. 45 minit. aku tertarik nak derma sebab hanya perlu tunggu 2 minggu utk menderma semula. kalau darah, kena tunggu 3 bln. sejak dah stop bf ni, barulah menderma balik. mmg rindu rasanya. aku rasa hanya penderma tetap yang faham perasaan ni. perasaan tertunggu-tunggu nak habiskan masa menunggu 3 bulan.

tapi sana mmg selesa la kan? lepas ni kitorang tak tunggu mobile la. terus walk in sana je.

PACAT said...

tahniah untuk anda.saya dah jadi penderma aferesis plasma.baru je buat 2 kali derma yang biasa nurse tu derma untuk 2 week minggu pulak iaitu eferesis.mula2 takut juga.sebab dah 2 minggu sekali kene buat.hari ni 5/7/2012 saya dah buat untuk kali kedua untuk eferesis plasma.rasa mcm nak pitam2 sikit and pening2 pon.tapi x da apa2 pon cuma sementara je.pasal lebam tak da lah pulak.sebab ada nurse nie cakap kalau x nak lebam,better tak payah guna ubat bius.sebab lebam tu akan kurang sikit lah.tapi saya tak tak cuba pon lagi.

PACAT said...

tahniah.
saya start 5/7/2012 dah jadi penderma eferesis plasma untuk kali kedua.mungkin lepas nie nak jadi penderma platelet pulak

Liz Rohaizat said...

Pacat> hehe. nick name awak ni macam awak pulak yg jadi penghisap darah. alhamdulillah, lega saya dengar penerangan awak tentang aferesis ni. saya dah tekad. eventhough nurse aritu kata vein saya kecil dan tak sesuai nak buat aferesis, saya nak buat juga. at least, biar saya cuba sekali. kalau betul memudaratkan, saya teruskan derma whole blood. kalau ok, boleh buat aferesis selang 2 minggu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.