Wednesday, March 14, 2012

HFMD menyerang

I sampai nurseri Batrisyia, ada nampak satu memo dilekat di papan kenyataan. Bunyinya lebih kurang begini la.

"Kepada ibu bapa. Minta jangan hantar anak ke taska jika anak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut"

Berderau darah sambil baca memo tu. I terus soal siasat cikgu Batrisyia. Dia pun bercerita.

Katanya, diorang mula perasan sorang budak ni kena hari Sabtu. Macam ada simptom. So diorang bagi tau parents budak nie. Minta hantar ke klinik agar doktor dapat check. Kalau betul, anak tak boleh dihantar ke nurseri buat sementara waktu.

Hari Isnin, parents tu hantar anak mereka. Parents cakap, tu bukan HFMD sebab diorang tengok, ulser kat mulut anak macam dah nak baik. Cikgu tak boleh nak cakap ape sebab parents tu blah begitu saja. Pada hari yang sama, cikgu-cikgu perasan ada beberapa toddlers kelas atas dah mengalami simptom yang sama. Siap air liur meleleh. So cikgu telefon parents yang terlibat agar ambil anak mereka secepat mungkin. Guess what? Orang lain cepat je ambil anak tapi parents yg anak dia dah mula kena hari Sabtu ni, ambil anak waktu sesi tamat. Cikgu bagi tau sekali lagi yang anak dia tak boleh dihantar ke nurseri hingga disahkan anak dia tak menghidap HFMD.

Hari Selasa, parents yang sama berkeras nak hantar anak dia ke nurseri juga. Nak tau apa jadi? Cikgu kunci pintu dan suruh diorang balik.

Kenapa la korang keras kepala sangat? Ke tak tau apa itu HFMD?

I tanya cikgu, dah berapa orang nampak simptom tu? Dia kata 9 orang tapi owner taska takde buat report pun. I tengok diorang pun takde ambil langkah untuk membersihkan tempat tu (Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air. Sumber dari MOH website).

I ambil keputusan untuk dapatkan maklumat dari pihak MOH. Telefon Hospital Ampang. Mereka kata, I kena call PKD Langat sebab nurseri tu di bawah daerah Kajang (apa ke jauh benar? nurseri ke Kajang ada la dalam setengah jam perjalanan). Selepas buat laporan, pihak PKD Langat akan assign pegawai kesihatan untuk pergi ke sana. Dia kata, memang banyak kes sekarang ni. Jadi, kena tunggu turn juga la. Dia kata lagi, patutnya owner tu dah tutup taska dan laporkan pada MOH.

So far, tiada tanda pada Batrisyia. Tapi ye la... benda tu boleh ada dalam badan buat seketika sebelum simptom mula kelihatan (Incubation period : 3 to 6 days). Walaupun penyakit ni menyerang kanak-kanak, orang dewasa boleh dijangkiti dan menyimpan virus tu dalam badan sebelum dipindahkan kepada kanak-kanak yang lain. Jadi, parents pun patutnya tak boleh dekat dengan kanak-kanak yang lain.

Kalau ikutkan hati, taknak hantar Batrisyia ke sana buat sementara waktu. Tapi nak letak dia kat mana pulak la kan? I dah cakap dengan my boss. Harapnya cepat la taska tu ditutup sementara. Ada juga alasan I nak ambil cuti jaga anak.

7 scribble(s):

yanie anuar ~ putrajaya said...

taska nasyrah anak i pun kena tutup mula hari ni smpai 21hb sbb HMFD..opis jadi nurseri..

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Salam Liz,
Saya pun baru dpt newsletter dr teacher kat nursery anak ptg smlm, sbb ada toddler kat nursery anak (tp kelas lain) dah dpt HFMD...

Pagi ni masa hantar anak ke kindy, dorang letak note besar2 kat pintu masuk, suruh parents letak hand sanitizer sbg langkah jagaan kebersihan la kan..kids mmg tetiap pagi kena pakai pun...

pastu kelas2 pun dorang beria2 sental kasi bersih, mop lantai, lap itu, lap ini... harap2 anak-anak yg lain tak dpt infection...
Sama-samalah kita mendoakan ...

Liz Rohaizat said...

yanie anuar> ofis jadi nursery? bagusnya. tak payah pening kepala nak pk letak anak kat mana. saya pun ada ckp kat boss. kalau la sampai susah nak cuti direct seminggu, saya bawa anak ke office kalau dia benarkan. dia kata, "please find other alternative first". hehehe..

Erin> wasalam. baguslah kalau diorang cepat2 sental tempat tu. saya sendiri tak pasti samada nurseri anak saya betul2 bersihkan ke tak. tapi nampak macam tak je. masa tanya pegawai tadi, dia kata kalau lebih dari 3 orang budak kena kat tempat yang sama, sepatutnya memang tempat tu kena terus ditutup. ni dah 9 orang. sebab tu risau sikit sebab virus ni boleh tahan lama walaupun kanak2 terbabit dah sihat.

sama2 kita harap penyakit tu tak kena kat anak-anak kita. amin

fiza said...

Taska anak aku kena gak bulan lepas klo tak silap. Memang owner panggil JKM check bebudak. Nasib tutup tak lama.

Liz Rohaizat said...

fiza> selalunya dia tutup seminggu kan? yang ni tgk dulu la apa tindakannya

Syigim said...

selfish! n bodoh sombong! harming other ppl in the process!

harap2 ur girl & anak2 yg lain dilindungi Allah dr wabak ni. amin.

Liz Rohaizat said...

kak syigim> cikgu tu bercerita, saya geleng2 kepala je kak.tak sangka ada parents camtu. sampai cikgu kena kunci pintu dan halau balik. fikir nak senang tanpa fikirkan kanak-kanak kat sana. tak pasal2 kanak-kanak lain kena penyakit tu.

risau juga nie. harapnya budak-budak yang tinggal ni tak kena penyakit tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.