Monday, March 12, 2012

Book Review : The Hunger Games by Suzanne Collins

Sebelum ni, I memang tak tau akan kewujudan buku ini. Cuma ketika I baca Yahoo article tentang The Lorax, kemudian ada orang cakap tentang filem The Hunger Games, I terfikir juga..

Bagus sangat ke The Hunger Games sampaikan ramai orang teruja nak tunggu filem ni keluar? In US, pre-sales tickets sold out eh! Seriously, I rasa mereka ni over sangat!

But bila dapat tahu filem tu berdasarkan best selling trilogy novels, I rasa nak baca buku dulu. I tak beli buku sebab takut tak best. So I cari e-book dulu. Kemudian, I pilih masa yang sesuai untuk baca.

Kalau korang sanggup layan 3 buah buku, silakan cari trilogi ni sebab buku ni memang best! I don't know. Maybe the way Suzanne Collins menceritakan tentang kisah tragis Katniss Everdeen yang terpaksa berjuang di dalam permainan maut "The Hunger Games" membuatkan I khusyuk baca buku tu. Cara dia describe kehidupan di District 12 dan arena dalam The Hunger Games berjaya buatkan I terbayang-bayang tempat tu.

The plot is simple.

Di zaman akan datang, bertempat di North America, 12 districts diperintah oleh satu kerajaan diberi nama Capitol. Di Capitol, memang orang kaya dan berkuasa sahaja akan tinggal di situ. Di satu masa dulu, 12 districts ni pernah memberontak tetapi kalah di tangan Capitol. Sebagai tanda amaran dan peringatan kepada semua, Capitol akan mengadakan satu permainan maut iaitu The Hunger Games.

Setiap tahun, nama kesemua kanak-kanak di setiap districts yang berusia 12 tahun ke atas akan dihantar secara paksa untuk memasuki The Hunger Games. During reaping day, mereka akan mencabut nama seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Mereka yang terpilih, akan mewakili district masing-masing untuk berlawan di The Hunger Games.

Cara bermain sangat mudah. Terdapat 12 districts. Jadi akan ada 24 tributes di dalam arena. Mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi dari other tributes kerana dalam arena ini, cara untuk memenangi perlawanan ini ialah dengan cara membunuh tributes lain. Mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ancaman musuh, tetapi mereka juga terpaksa membiasakan diri dengan kawasan arena yang tidak direka untuk membolehkan mereka terus hidup.

Untuk tribute yang menang, setiap ahli keluarga di district yang mereka wakili akan mendapat sumber makanan sekali untuk setiap bulan. Jadi, tanggungjawab tribute untuk menang sangat penting walaupun ia bakal mengorbankan nyawa mereka.

Cara penceritaan buku ni agak ringkas. Tiada ayat yang berbelit. Malah, penulis berjaya membuatkan I terbayang-bayang suasana sebenar dalam cerita tersebut. Untuk membuatkan ia tidak terlalu serious, terdapat elemen kasih sayang diterapkan di dalam cerita tersebut.

Suzanne Collins berjaya membuatkan satu kisah yang dibuat-buat terasa sangat real. Bila baca, rasa taknak berhenti sebab nak tau apa akan jadi lepas tu. Lepas habis buku The Hunger Games (1st Book), rasa tak sabar-sabar nak baca Catching Fire (2nd book).


Sungguh la.. I memang tak sabar nak tengok filem nie. Now baru I tau kenapa orang lain yang dah baca buku-buku tu rasa sangat teruja nak tengok filem ni. To Nuffnangers, Nuffnang ada bagi tickets untuk movie ni. So apa lagi, cubalah nasib korang.

I harap filem ni "seganas" buku. Mungkin lah adegan bunuh membunuh tidak akan ditonjolkan sangat kot. Kalau tak, memang ganas la. Hehehe, tengok trailer pun dah rasa sebak bila Katniss volunteer tatkala nama adik dia; Prim diumumkan sebagai tribute.

Kalau nak tengok trailer, click here : The Hunger Games

5 scribble(s):

Ila said...

macam best..kena tgk movie ni

Liz Rohaizat said...

Ila> tak pasti la movie best ke tak. tapi buku pertama, memang best. buku kedua, best. buku ketiga, confuse sikit dan happy ending la bagi saya (tapi bagi org lain, mereka tak suka)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mia said...

Blogwalking <3, saya tengah mengumpul duit belanja nak beli buku dia, x sabar nak tengok movie dia. Dah tengok trailer dia, omg!, best - best <3333, haha.

Liz Rohaizat said...

Mia> dah pernah baca buku dia belum? Heheh.. ada 3 buah buku. maybe boleh beli satu-satu.

trailer nampak simple. tapi sape yg dah baca buku, mmg rasa meremang bulu roma sbb dah terbayang cerita tu camne.

aad yg ckp filem lg best sbb ada scene yang kita x nampak kat buku

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.