Thursday, March 29, 2012

Bila suami terfikir nak kahwin lagi

Hubby masakkan dinner sementara wife siapkan tempahan kek

Wife: Ni Liza ajar ni, ingat tau. Nanti Liza takde, boleh masak sendiri.
Hubby : (No response.. khusyuk menghiris bawang)
Wife : Kalau dah tau masak, takde alasan nak kahwin lain bila Liza takde
Hubby : Eh, itu semua ketentuan Tuhaaannn!
Wife : Cis!
Hubby : Cuba tanya Tisya. Tisya, abi boleh kahwin lain tak?
Batrisyia : Tak boleh!
Hubby: Aik?

Abang, lepas ni I ajar lipat kain pulak ye :p

Extra Note :
1. Terima kasih abang sebab tolong siapkan dinner malam tadi. Lauk simple sambal sotong (hampa sebab dia tak jumpa petai kat kedai) dan sup fucuk dan kentang tapi memang sedap. Kesian dapat cikgu garang.
2. Tengok drama Ana Tak Auta kat TV9 malam tadi kelakar pulak rasanya.

7 scribble(s):

Irfa said...

mula2 kawen dulu..masa anak sorang sy sgt sensitif bila isu suami kawen lagi.penah nanges bila tido mimpi saya mati dan suami kawen lain

skrg makin berumur (33 taun la tahun ni)saya lebih terbuka..kalau dah mati nak kawen tu hak dia.tak sempat nak jeles lagi sbb saya kat dalam kubur sibuk fikir diri sendiri.hehe

Liz Rohaizat said...

Irfa> alamak, jgn la kata "makin berumur". 33 tahun tu muda lagi la.

a year older, a year wiser. fikir2 blk, dia boleh kahwin lain lepas saya dah tiada di dunia tapi kena pastikan anak terjaga. jgn cari mak tiri yang yg tak sayang anak tiri. tapi kalau nak kahwin lagi satu masa saya masih hidup, saya tak sanggup.

Ely Hasrul said...

aku xkesah kan kite mati dia kawen lain, aku kesahkan kite hidup dia gatai nk kawen lagik hihi

Syigim said...

haha. title posting yg sgt catchy! kak pun no-way kalo suami nk kawen lg while i'm still around hihi, but i do respect family poligami yg hidup bahgia :)

abah kak pun kawin dgn umi lepas almost 2yrs mak kak meninggal, n she's even older than my mak, xpenah kawen n mak dia pun br meninggal :) alhamdulillah dpt mak tiri yg penyayang. :)

Liz Rohaizat said...

ely> betul3. hehehe

kak syigim> betul tu kak. poligami tu halal jika cukup syarat tapi saya rasa saya tak mampu nak hadapinya :)

ye la, kita fikirkan suami juga la kan? kalau kita dah meninggal, kesian pulak la dia hidup sorang2 bila anak dah besar. dia nak kahwin lagi satu pun kahwin la tapi tunggu kita pergi dulu. hehe..

bukan semua ibu tiri tu teruk kan? tapi ye la, hati mak-mak ni, risau kebajikan anak tak dijaga

Kad Kahwin Murah said...

bagusla liza nie..
ajar suami jadi independent..
:)
tapi bila suami ade niat nak kahwin lagi bahaye tu..

<a href="www.kadkahwinonline.com>Ini Adalah Kad Kahwin</a>

Liz said...

Kad Kahwin> mmg kitorang saling tolong menolong. bab kahwin lain tu, tunggu la saya dijemput Allah dulu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.