Tuesday, February 28, 2012

Kisah atok

Lawatan baru-baru ini membuatkan I teringatkan atok selalu.

Dulu, my grandparents tinggal di kampung. Masa I kecil, I tak berapa ingat dengan jelas tapi I ingat sikit-sikit dengan rumah kat Kg. Abok tu (orang Rahang mesti tau Kg. Abok kat mana). Kemudian, mereka berpindah ke Senawang. Duduk di kampung juga. Rumah papan tu terasa besar dan luas dari pandangan mata I ketika kecil.

Di rumah tu la I bermain. Selalunya, I akan duduk di pintu dapur. Buka pintu dapur, terus nampak laman rumah. Atok atau nenek akan terbongkok menyapu laman dengan penyapu lidi. Laman memang bersih.

I masih ingat laman tu. Depan pintu, terhampar tanah berpasir halus tanpa sampah. Kalau lukis tenteng, memang nampak cantik. Tengok depan sikit, ada satu kawasan yang ditumbuhi pokok limau kasturi, jambu batu, cempedak (ke nangka?), pokok ceri.. Laman tu dipagari dengan pagar papan yang cantik walaupun tidak bercat. Warna asli, warna kayu. Di hujung kawasan tu, ada satu tempat di mana terletaknya generator. Bila malam je, pasang generator. Di situ juga ada ada perigi tempat kami mandi. Masa tu takde bilik air di dalam rumah. Memang kat perigi tu la kalau nak mandi.

Rumah tu di kawasan hujung, berdekatan dengan kebun getah. Masa kecil, rajin kutip buah getah. Memang seronok buat main lastik. Lepas tu panjat pokok jambu, pokok ceri.

Atok suka duduk kat pintu dapur sambil hisap rokok. I pulak akan duduk sebelah atok sambil tengok asap berkepul-kepul ke udara. Masa tu kecil lagi. Mana la tau asap rokok tu bahaya untuk kesihatan.

Atok pandai memasak. Pagi-pagi dah sibuk di dapur. Belum tengah hari, lauk dah terhidang. I tak ingat. Mungkin juga atok dan nenek memasak bersama-sama.

Lepas pencen jadi polis, atok jadi pengawal di kilang berhampiran rumah. Tak betah tinggal di rumah, katanya. Bila pagi raya, kami ramai-ramai pergi ke kilang sebab nak beraya dengan atok. Atok yang tersandar di kerusi malas pun tersenyum bila cucu-cucu datang ke kilang.

Berbelas tahun kemudian, my grandparents kena pindah sebab kerajaan nak tanah tu. Menyewa la mereka di sebuah rumah teres. Lama juga mereka tinggal di sana. Kemudian, mereka pindah lagi setelah flat PPRT dah siap. Flat tu memang kecil walaupun mereka tinggal berdua. Jauh beza dengan rumah papan yang dulu tu.

Atok dah berumur 81 tahun, dah uzur. Makan pun tak lalu sebab tekak terasa pahit. Muka dah cengkung. Mujur penglihatan, pendengaran dan suara masih jelas. Nak turun naik tangga pun semput. Pernah adik I ternampak atok semput bila nak naik tangga. Termengah-mengah. Semua orang cemas. Bila minta unit di ground floor, banyak pula prosedur perlu dipatuhi. HAMPA!

Kalaulah boleh, kami nak carikan rumah teres yang murah sewanya tetapi masih selesa diduduki dan berada di kawasan selamat dan tidak jauh dari rumah kami di Senawang. Senang utk atok dan nenek. Kalaulah rumah kami ada banyak bilik, boleh bawa atok dan nenek tinggal bersama.

I hampir menangis depan atok tapi I tahan sebab taknak atok sedih. Dalam sedih tu, I potongkan kuku tangannya yang dah panjang. Tangannya sejuk. Nafasnya tersekat-sekat.

Akhir-akhir ni, sepasang mataku menangis sedih sebelum tidur.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.