Monday, February 27, 2012

Kelam kabut buat surprise birthday party

Birthday party untuk keluarga kami tidaklah party besar-besaran. Selalunya buat makan-makan dan potong kek. Takde jemput orang lain pun. Makan-makan pun tak buat untuk setiap orang. Bukan senang nak kumpul make sure semua orang ada. Kadang-kala, ada yang pergi berkursus, ada yang pergi riding. Jadi, hari lahir untuk 12 orang hanya dibuat pada bulan March, July, October dan December.

Memandangkan my parents nak pergi Beijing bulan March ni, maka kami awalkan jadual makan-makan. Tu pun mama dan dua beradik tu tak tau. Ok, yang dua beradik ni tau kami nak buat makan-makan utk mama tapi diorg tak tau yang mereka pun akan diraikan sama :)

So plan baik punya. Kebetulan, mama kena pergi sekolah pulak hari Sabtu tu. So cantek sangatlah. Papa berkomplot sama. Kononnya saja nak membelanja anak menantu cucu sebelum mereka pergi bercuti. I pulak sibuk buat kek kat rumah. Bila mama tanya, I cakap ada orang order.

Boleh pulak tengah I buat kek, dengan mama ada kat meja, adik lelaki I boleh tanya macam-macam. Padahal dia tau pasal surprise nie.

Ni kek apa?”
Cheese cake
Kek ni utk sapa?”
Orang order la
Besarnya. Berapa ko jual?”

Dalam hati rasa nak tikam-tikam dia. Hahaha.. Orang kata, kalau taknak kena detech menipu, jangan cakap banyak. Tiba-tiba yang sorang ni sibuk tanya macam-macam soalan. Maybe dia nak lakonan dia nampak natural tapi I yang kena menjawab.

Lepas kek dah siap bakar, I layan Diva channel sampai ke pukul 5 petang. Lepas tu boleh rileks baring-baring. Tengok-tengok dah pukul 6 petang. Terus masuk dapur sebab nak deco cake. Kat dapur, I rileks-rileks sebab jam kat dapur menunjukkan baru pkul 6.45 petang.

Sorang-sorang datang dapur. Lepas tu mama tanya,
Eh, jam ni betul ke?”
Betul la” sebab I tengok jarum jam bergerak.
Tak betul la. Sekarang dah pukul 7.30” papa cakap.

What???? Giler…. Dah la tak siap lagi. Wah, rasa hati kena tikam-tikam lagi. Selekeh mendeco. Lepas tu rasa geram. Lepas tu rasa taknak bawak kek tu :(

Tapi kalau tak bwk, nak potong kek apa? Hemtam saja la. Bak kata Whisk Kid, kek tu akan dipotong dan dimakan juga. So enjoy je la.

Sebab dah tulis nama atas kek tu, terpaksa la suruh orang jaga peti ais agar 3 beranak ni tak buka peti ais. Irfan hampir-hampir nak buka pintu ais. Nasib baik sedar dia berjalan ke arah peti ais tu. Kalau tak, kantoi.

Malam tu, I gerak awal sikit la. Kononnya nak pergi hantar kek. Padahal, kek kena sampai dulu ke restoran. Kalau tak, camne nak surprise, ye tak? Tu pun hampir kantoi sebab kereta yang bawa mama boleh sampai awal pulak. Ape la diorg ni. Lepas tu boleh terlupa bawak penyucuk Happy Birthday tu. Die! Die!

Restoran ni dah biasa pergi. So awal-awal nak order makanan. Sampai sana, makanan dah siap. I tak tau la samada surprise menjadi ke tak sebab apsal nampak mama macam dah tau je? (sebab banyak soalan di rumah). Tapi budak lagi dua orang tu memang tak tau la diorg pun kena potong kek sekali.

Tapi ada sorang ni… bukan birthday dia tapi tetap nak tiup lilin dan potong kek.


Makanan sedap. Ada orang tu hirup kuah poktek berpinggan-pinggan. Berselera nampaknya :p


3 orang kanak-kanak yang menceriakan suasana.








Biasa la. Bergambar adalah wajib. Elok pulak bakal maklang bawak DSLR canggih dia sekali. Apa lagi, bergambar sakan la.

Tiba-tiba terperasan yang hampir semua berpakaian All-Black kecuali yg sorang tu nak feeling dia cantik berbaju purple.



Lepas ni kita tunggu birthday party bulan July pulak.

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

hahah mama muka bese2 aje.. ntah2 dia dh bleh agak or dia buat2 tak surprised walhal dia terkejut hihih.. nih baca entry dgn sami patu sami bleh ckp 'mami buat la besday sami lagik' ewahhh

Liz Rohaizat said...

ely> entah la. xtau nak agak apa.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.