Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Sammy!

I met Ely masa zaman Susuibu.com dulu. Dah lama dah kan? Lepas tu, rajin chat dengan group GGF. Apa GGF tu? Ehehehe, hanya geng dalam tu je yang tau maknanya la.

Lepas tu dah la jarang jumpa tapi selamba ajak minah ni pegi booksale bulan 11 tahun lepas. Selamba! Ely banyak cakap. Jadi padan sangatlah dengan I yang tak banyak cakap. Ye tak?

Last week, Ely buat birthday party utk anak dia, Sammy. Buat awal sebab ibu mengandung tu takut terberanak awal. Hehehe..

Tema... RAINBOW! Warna-warni dan ceria gitu.

Tapi tetamu tidaklah disuruh berpakaian mengikut tema (which I like sebab kita jangan sampai susahkan tetamu beli baju baru semata-mata nak ikut tema majlis). Deco majlis tu yang bertemakan rainbow di mana..

Gambar Sammy (I rasa ni mengikut tahun) dilekat di mirror dan ditampal dengan hiasan kertas warna warni.

Door gift utk kanak-kanak yang hadir. Simple but nice! Dan yang penting, tiada jajan di dalam pek itu.

Makanan yang pelbagai tetapi tidak keterlaluan untuk perut. Hehehe.. Tu pun kenyang okay! Sesetengah hidangan disediakan oleh tetamu yang hadir (tapi Ely bayar).

The main attraction semestinya Rainbow Cake! Dah agak dah. Hehehe...

Majlis bermula lepas Zuhur. Tapi Sammy boy tidur pulak. Kesian dia bangun awal pagi nak teman mommy dia pegi check up. So dia tidur dulu tanpa pedulikan tetamu yang hadir. Takpe nak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni boleh makan-makan dan borak-borak dulu.

Kebanyakan yang hadir merupakan geng traveler. I ada kenal sikit-sikit la. Tapi tak berani nak campur borak sebab diorg cerita pasal travel T_T. Kesian mak yang dah jarang berjalan-jalan nie. Lagipun, I tak berapa sihat. Badan lemah nak demam, dengan batuk selesema sakit tekak, complete! Nak cakap banyak pun suara serak.

Ely ada sediakan sand art utk kanak-kanak. Brilliant idea. Dapatlah bebudak ni main sand art sementara mak pak dia borak-borak dengan orang lain. Tapi dalam kes ni, bapak-bapak yang rajin tolong anak main sand art. Lepas tu tegur kenapa anak warnakan awan dengan warna hijau. Bapak sape la tu :p



At last, Sammy nak tiup lilin cake dia. Tu pun puas Ely ajak. Comel la mu Sammy! Tak nyempat-nyempat nak tiup lilin. Kalau Tisya, dia paksa orang nyanyi dulu.


Dear Sammy,

Happy birthday! Auntie doakan Sammy akan membesar menjadi anak yang soleh dan bijak pandai.

8 scribble(s):

fiza said...

Tak berpeluang nak jumpa ko liz. Aku dtg malam. Tapi dpt rasa ko nyer bread puding...sedap ☺☺

Ely Hasrul said...

hehe tengkiu Tisya dpt datang tahun nih.. thn nih besh sbb bleh arah2 org buat keje hahahha mengada betol!! nnti insyaAllah pindah umah nk buat doa selamat Tisya dtg tau.. bese lah mkn2 hanya bile besday sami tp lps nih bleh la buat open hse pulak ewahhh

jajan xdek dlm goodie tp candy melambak hahaha dengki sungguh.. harap Tisya tak hyper lah ek pastuu


next year dtg lagik tauu

Cawan said...

First!

hi salam kenal.. saya cawan..

Liz Rohaizat said...

fiza> aik, pukul brp ko sampai? rasanya masa aku tanya ely dalam pukul 8 malam, dia kata ko tak dtg. dapat merasa? ni mesti ely bawak keluar "simpanan" dia dari dalam peti sejuk nie

ely> hahaha, dah ko terboyot-boyot. kalau org taknak tlg, mmg kejam. utk housewarming, sila bagi tau tarikh awal2 eh. macam tak biasa.

candy ko yg berlambak tu pun, tisya ambil lollipop je. tu pun tak abes.

cawan> haha, salam kenal!

Sweet Child said...

cantiknya kek tu! tak sampai hati nk mkn..hihi...

fatt said...

wah...ada aku dlm ni...tergezut mak. liz, id appreciate if u can remove sbb aku pun tak buh dlm blog. tqvm

Liz Rohaizat said...

fatt> wah, org dpt agak ke? ok,ok.. aku remove

Liz Rohaizat said...

sweet child> kalau guna Americolor, lagi menyerlah warnanya kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.