Tuesday, February 21, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

I tak ingat siapa bagi suggestion untuk I cuba buat Cotton Soft Japanese Cheesecake. Katanya, sangat lembut. Baru-baru ni baru berkesempatan buat.
Link
I rasa, kek ni tak perlu simpan dalam peti ais sebab ni bukan macam cheesecake biasa tu. Kalau letak dalam peti ais, confirm lama-lama jadi keras. So biarkan dalam suhu bilik je. Nyum nyum.

I buat kek ni lepas balik dari birthday party Sammy. Bila Tisya nampak I buat kek, dia tanya, “Ni kek Happy Birthday To You Tisya ke?”. I angguk-angguk je. Deco sangat simple sebab I tak suka kek yang manis dengan cream. So sapu nipis je. Lepas tu letak blueberry filling on top. Takde la nak bagi licin kat tepi kek ke.. nak lorek cantik-cantik ke. Nak makan sendiri la katakan.

9 inci

Esok tu, Tisya nak potong kek tapi lilin takde. Abi dia punya pandai, dia guna lighter. Hahaha, janji Tisya dapat tiup :p

Eventhough takde lilin, Tisya suka!


Rasanya? I tak tau sebab deria rasa hilang buat sementara waktu. Tunggu kesihatan baik, baru nak ngap. Tu pun kalau sempat. Setakat ni, suku dah bagi jiran, buat balas laksa yang dia hantar minggu lepas. Suku lagi hubby bawa pergi office.

Sekarang nie, ramai juga yang jual kek secara online kan? I pun, mula sukan-suka tapi ada yang berkenan, so menjual juga la sikit-sikit. Tidak secara serious. Jadi, pressure boleh dikatakan hampir tiada di situ. I anggap dengan cara buat kek utk customer, I boleh kurangkan stress dalam diri sebab I memang suka buat kek sejak zaman uni lagi.

Last week, kawan I tinggalkan msg di FB. Katanya, dia pun cuba jual kek tapi ada sorang kawan dia suka compare harga yang dia jual dengan harga yang orang lain jual. Lepas tu compare macam-macam. Agaknya kena condemn la kot. I tak tau jalan cerita sebenar. Dia macam sedih je.

Untuk yang pernah mengalami perkara macam nie, macam nie la. My friend; Weed.. dia pernah beri satu ayat yang simple tapi boleh diguna pakai.

Just letakkan harga yang ko rasa sesuai dengan kos dan servis. Kalau orang tu tak suka atau dia rasa kek orang lain lagi sedap, dia boleh order dari orang lain”.

Dia bukan berlagak tapi ada benarnya di situ. Lidah orang lain-lain. Sedap pada tekak si A, tak semestinya sedap pada tekak si B. Macam satay juga la.. Ada yang kata Samuri punya sedap. Ada yang kata Satay Station punya lagi best. Ada yang kata Satay Willy lagi power. Kadang-kadang, satay tepi jalan yang takde brand pun boleh jadi sedap, ye tak?

So tak perlu pening kepala. Just do what you like most. You will gain lovers and you will create haters. Pilihlah golongan mana yang korang nak layan =)

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

bertuah tisya selalu dpt mkn kek, kalu aku baking kek seram aku nk pikirkan ape kesudahannye hahaha

Syigim said...

suka. sangat. cheesecake!!!! looks realllllly gooooood! nyum nyum.

nk berniaga pun kena ready to hear comments frm pelanggan. ckp kat member jgn sedih2. semua dugaan :) betul, masing2 punya rasa :)

Liz Rohaizat said...

ely> takde la selalu pun. bila aku ada mood nak buat je, baru la dia dpt rasa.

kak syigim> betul kak. lebih2 lagi kalau jual makanan. tekak orang lain2. dalam ramai2 yg puji sedap, mesti ada sorang dua yang ckp orang lain punya lagi sedap.

saya kata kat dia. jgn terlalu fikir yg sorang dua tu. mereka boleh order dari orang lain. fikirkan yg puji sedap tu :)

dapurCikWan said...

sedapnye kek ;)

Liz Rohaizat said...

dapurCikWan> kek ni memang sedap. cubalah

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.