Friday, February 24, 2012

Berakhirlah my breastfeeding journey, alhamdulillah

Dulu I pernah ingatkan hubby agar jangan sesekali download apa-apa dari laptop adik I di rumah sebab laptop tu ada virus. Virus tu takde la hebat mana. Cuma ia akan tukarkan semua folders menjadi shortcut. Sudahnya, tak boleh open.

Rupanya dia tak dengar apa yang I cakap.. iskkk…

3 minggu lepas, dia pergi guna external hard disk kami kat laptop tu. Lepas tu dia kelam kabut sorang-sorang bila tgk semua folders dah jadi shortcut. Bila wife dia tau, teruk la kena bebel. Hehehe.. sorry ye bang. Mana tak geram. Kita dah bagi warning awal-awal. Rupanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kami memang tak simpan apa-apa dalam laptop. Semuanya letak dlm external hard disk. Gambar-gambar, lagu-lagu… sambil bebel, I cuba godek-godek. Tapi takde cara. Guna Kaspersky pun takde guna. Tapi boleh nampak la dia scan semua files yg patut ada dalam tu. Cuma tak jumpa virus tu.

Sudahnya, I berjaya dapatkan kembali files tu walaupun agak leceh juga la. So biar hubby yang download balik satu persatu. Sape yg buat salah, biar dia betulkan. Hehehe. Masa sibuk-sibuk download balik tu, terjumpa la gambar-gambar dan video-video Tisya masa baby. Geramnya tengok dia!

Tisya? Dia lagi la. Dah kemaruk tengok video sendiri. Bayangkan dia boleh layan berpuluh kali video yang kami ambil masa kali pertama dia berjalan. It’s a short video tapi kalau dah tengok berpuluh kali, letih juga kita menengoknya. Sampaikan dah sampai waktu tidur, dia tak bagi tutup video tu.

Ada satu video tu, dia siap cakap, “Rambut baby tu macam Tisya. Kenapa rambut dia macam Tisya?” “Tu kan Tisya masa baby” “Yeee laaa, tu Tisya baby. Kenapa rambut dia macam rambut Tisya?” Erk… sapa yang tak faham soalan sape nie? T_T

Btw, Tisya telah berhenti breastfeeding secara rasminya ketika usianya 3 tahun 4 bulan. Kalau sebelum ni on off je, sekarang memang dah fully stop. Alhamdulillah, takde adegan nangis-nangis. Memang dah lama I tunggu saat nie. Berharap dapat kongsikan saat-saat terakhir tu. Tapi bila baca entry kat Syigim baru-baru nie (What I miss about bf Kazim), I tak rasa I boleh tandingi perkongsian dia. Kak Syigim memang pandai menulis.

Kami yang tengok dia hari-hari tak rasa dia dah besar. Tapi seluar dah senteng, baju dah sendat, kasut dah tak muat. Kasut raya dia bulan 8 tahun lepas pun dah tak muat selepas 3 bulan memakainya. Aktif memang tak payah cakap la. Dah macam ada talent nak masuk gimnastik dah rupanya.

Bila kita tengok anak membesar depan mata, kita rasa anak kita biasa-biasa je. Tapi bila kita duduk dan imbas semula perkembangan dia dari dia kecil, kita sedar yang anak kita sebenarnya dah maju ke hadapan.


Hijack tudung umi dia sekali lagi

7 scribble(s):

izzah azfar said...

kak liz - nak komen satu >nangis<

macam akak komen kat blo yang akak link dlm entry,hy ibu yg bf je faham feel dia..

zah lum lg,tp makin lama makin rasa nak dekat dah..huhuh

Liz Rohaizat said...

izzah> ala, knp nak nangis? hehehe. akak takde la sedih mana sebab dah lama juga la kan? cuma bila dia tolak tu, rasa sedih sikit je la kot. rasa macam miss giler la. rasa nak je paksa dia. hehe

Cynthia said...

ni silent reader pun nak buat tanda tapak la.. congrats dah berakhir bf journey... I ni yang tengah menunggu nunggu bila la leh lepas..

betul jugak kata you... bila dah lepas, kita rindu pulak feeling tu kan..

Syigim said...

owh so sweet of u liz.... thanks for sharing my link. the way u describe how tisya dah xmuat baju kasut suma pun mmg sgt familiar... bila kazim dah bole muat pakai baju abang dia, terasa sgt dia dah big boy! :)

Liz Rohaizat said...

cynthia> thanks! hehee, jgn paksa dia berhenti. biar dia berhenti sendiri. tapi bila dah berhenti tu, mmg geram la sbb miss saat2 dulu. rasa nak paksa dia bf semula.

kak syigim> ur writing inspires me. hopefully, bila orang lain baca ur moment with kazim, mereka pun semangat nak bf juga

Ely Hasrul said...

lebih kurg sami lah benti susu cuma sami takde nk on off before that mmg on aje.. la nih dok ckp nnti baby kuar sami nk share susu adoii.. ko kata tisya lincah? gile ke ape? aku tgk dia tu molek aje (gara2 sami yg terover active) hahaha

Liz Rohaizat said...

ely> dia molek depan org ramai. takkan la dia nak panjat sofa, tunggang terbalik kat rumah ko kot. hahaha.. tapi rasanya aritu dia ada guling2 menari atas lantai. ko tak nampak. org lain nampak. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.