Thursday, February 09, 2012

Anakku merajuk lagi

2 minggu yang lalu, hubby went to Terengganu to meet up with his friends. So kira Tisya tak jumpa abi dia pada hari Jumaat sampai la ke Ahad malam. Kali terakhir dia jumpa abi pada Khamis malam. Tu pun kejap je sebab abi dia senyap-senyap keluar pergi main badminton.

Masa ambil Tisya Jumaat petang tu, dia tanya mana abi. I cakap, abi kerja. Nanti dah siap, kita ambil kat LRT. Dia angguk-angguk je. Malam tu sebelum tidur, dia tanya lagi. Pagi Sabtu tu dia tanya lagi. Celik mata je, terus ajak I mandi sebab nak jemput abi kat LRT. Tapi sebab abi dia ada tepon, dia tak la tanya banyak.

Malam tu, dia kejut I pukul 2 pagi. Aikk, Tisya tengah duduk kat atas tilam. I suruh dia baring. I buat-buat tidur. Dia kejutkan lagi. I pujuk dia tidur. I pura-pura lagi. Ada la dalam 30 saat kot, I curi-curi buka mata sikit. Huh, masih duduk? Pelik dah.

Kenapa tak tidur? Tidur la. Baring sebelah umi”. Dia senyap. Kaku macam patung. Kepala tertunduk. Anak aku ni tidur ke tak? I tengok dia. Elok mata dia besar pandang tilam. Mulut dia muncung macam nak nangis.

Apehal pulak ni. Puas pujuk dia tidur, dia diam je. Tanya dia kenapa, dia diam juga. Ok, I pun sama-sama duduk dengan dia.

Tiba-tiba dia nangis kuat sambil tanya, “Mana abi??? Abi tak balik lagi ke?

Wah, I tergelak dalam hati. Rindu kat abi dia rupanya.

Yang I perasan, kalau dia ditinggalkan lebih 2 hari, memang jadi camtu. Bila orang tu dah kembali, memang habis la dia akan melekat dengan orang tu je. Macam abi dia. Pantang tak nampak depan mata selama 30 saat kot, terus cari satu rumah.

Tak tau la camne dia kalau I takde sebab setakat ni, tak pernah tinggalkan dia lebih dari 12 jam. Maybe I kena tinggalkan dia dengan abi 3-4 hari, pergi panjat Gunung Kinabalu ke.. baru boleh tengok dia cari I kena tak =)

4 scribble(s):

CHeeSYaNa said...

siannyer, tisya! mesti kita tak sampai hati tgk dia camtu kan? cuak le pulak biler baca ni, sbb hubby will go out-station for 2/3 weeks.. :(

Liz Rohaizat said...

yana> ahaks, ni bkn first time. tu yg rasa nak gelak je. masa 1st time kena dulu, mmg cuak la.kalau dah selalu kena tinggal, ok kot. yg tisya ni, jarang kena tinggal. tu yg bila x jemput2 abi dia kat LRT, dia jadi risau. hehehe

Ely Hasrul said...

smlm aku tinggal sami kt playland kt ikea, sepanjang tuh la aku dok risau takut dia carik ke nangis ke.. alih2 bile papi nk pg amik dia xmo kuar.. ciss!! tp sami mmg xsuka la kalu kitorg xdek kecuali dia pg school. kalu tak ayat dia 'kalau sami nk mami & papi mcm mana?'hahahhaha

Liz Rohaizat said...

ely> playland ikea? padan la sami taknak blk. hahaha...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.