Monday, January 30, 2012

You can't sing the same song all the time

Kisah yang selama ni I tengok di kaca TV, akhirnya berlaku kepada kawan I sendiri. Saat dikhabarkan berita tersebut, I terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa. Terdetik rasa kasihan yang amat terhadap kawan tu.

Kadang-kala, tertanya dalam hati. Mengapa seorang perempuan tergamak merampas suami orang? Macam dah tiada lelaki bujang di dunia nie. Percayalah. Kalau soalan ni ditanya kepada insan ketiga tu, mesti dia rasa memang dah takde lelaki bujang lain yang memahami dirinya seperti suami orang tu.

Baginya, suami orang tu la yang sangat menyayanginya. Padanya, suami orang tu la tempat dia mengadu. Di matanya, suami orang tu la jodoh yang terbaik untuk dirinya.

Dia dah tak fikir perasaan isteri si “kekasih terlarang” dia. Dah tak rasa kesian tengok nasib anak-anak “kekasih terlarang” dia tu. Dah tak kesah kalau family “kekasih terlarang” dia membantah. Yang penting, dirinya dan kekasih terlarang tu saja. Perempuan macam ni… hmm, I tak tau la. Tak pernah fikir ke tentang karma? What goes around, comes around.

I know… poligami tu dibenarkan tapi kebenaran tu datang dengan syarat dan kriteria. Kalau dah terang syarat dan kriteria tu tidak dapat dipatuhi, bukankah poligami tu lebih mendatangkan masalah daripada kegembiraan kepada semua pihak?

Hati seorang isteri akan terluka walaupun ijab kabul masih belum berlangsung. Anak-anak akan terabai. Proses itu sendiri akan menyakitkan hati banyak pihak. Kalau sebelum kahwin lagi satu pun dah berani abaikan anak, apatah lagi lepas dah ada isteri muda.

Memang ada yg rela dimadukan, bahagia hidup bermadu. Tapi bila tengok kawan I, I sakit hati. I sakit hati memikirkan pihak ketiga. Suami dia menjadi mangsa kerakusan pihak ketiga yang berani mendapatkannya dengan cara halus. Tak takut ke? I rasa perempuan tu hipokrit. Kat blog.. wallaweih, macam betul-betul menegakkan hak wanita, cakap macam memahami hati dan perasaan kaum sejenis tapi hakikatnya, kau juga perampas suami orang. Orang macam ni memang hipokrit.

Cuba nanti dia ada anak perempuan. Lepas tu anak perempuan dia kahwin. Tiba-tiba dapat tahu anak perempuan nak dimadukan. Boleh ke dia cakap, “Takpe la.. ayah ko tu pun mak rampas dari orang. Ko sabar je la ye. Madu mak tu ok je sabar sampai ke sekarang”?

I doubt that.

Nota: Entry telah mendapat persetujuan kawan I. Dia sendiri buntu dan cuba berusaha untuk memulihkan suaminya yang sudah lupakan keluarga. Semoga sinar kebahagian kembali melimpahi keluarga ini dan semoga yang berani mengingkari larangan Allah mendapat kesedaran dariNya.

12 scribble(s):

Irfa said...

emm..kisah spt ini kalau di kupas 4 hari 4 malam pun takkan abes

kalau kena 'bomoh' lagi teruk ceritanya

Ely Hasrul said...

baca blog dia cam ustazah giler kan???? aku rasa cm nk spam patu jumpak nk sepak jek pompan gini.. aku pon aritu rasa nk buat entry tp bile pikir2 aku xbleh tulis secara berhemah mcm ko jadik aku lupekan aje sigh..

Liz Rohaizat said...

Irfa> betul! tapi yg menyakitkan hati sbb main bomoh2. kesian sgt kat mangsa2 dia.

ely> ko pun dah baca ke blog dia? mmg mcm ustazah, ayat baik giler. aku baca, aku rasa nak lempang je kalau nampak depan mata sbb mmg HIPOKRIT! kalau ikut, nak je letak komen kat blog tu, nak ckp dia mmg hipokrit dan ckp x serupa bikin.

rahsia aku dpt tulis secara berhemah ialah mula2 aku tulis macam biasa (siap ayat berapi-api). bila dah puas, baru baca balik dan edit. ahahah.

kesian la kat kwn kita tu. kdg2, time makan pun aku boleh teringat kat dia.

Ely Hasrul said...

ko jgn time mkn, time tido.. time drive pon aku leh tingat.. aku sedih okek sbb aku pon sama2 buntu xtau nk tolong cemana.. eeiii geram tau! tu yg sabar tuh separuh drpd iman..

Ihsan Khairir said...

katner bleh baca blog tu? nak baca lah. kalau tanak bagi link sini, bagi kat email aku ihsankhairir[at]gmail lah

thanks liz

semut-terbersin said...

slalunye kes camni, dah terkena 'buatan'..tu yg masalahnye!
saya ada keluarge terdekat yg terkena..mmg kesian sangat! mintak2 dijauhkan..amin!

Ila said...

hmmm,rasanya tahu kisah siapa ni..sakit hati kan...tulah,kadang2 yg menyakitkan hati perempuan ialah perempuan sendiri...

Liz Rohaizat said...

ely> OMG. aku pun macam ko. mmg la. bkn setakat time mkn. time lepak2, b4 tido.. mmg teringat sgt kat dia. kita ni pun dah geram, dia apatah lagi. risau tgk keadaan dia. semoga Allah kuatkan semangat dia.

ihsan> insya Allah. kalau kwn aku bg kebenaran utk aku bgtau ko link tu, aku email nanti ye.

Ila semut terbersin> tu la pasal. dengan tak segan silu, pihak ketiga tu boleh mengaku yg dia dah bomohkan lelaki tu. WTH! tak tau malu punya perempuan. so saudara tu dah pulih ke? berubat di mana? maybe boleh share sini dan kwn saya boleh usahakan.

Ila> betul! tapi kesian la kat mangsa2 perbuatan dia.

Anonymous said...

Terharu aku liz. Kekadang aku rasa down sgt...tapi bila fikir aku tak keseorangan, ada support dari family, in laws & kawan2 macam ko, aku rasa beruntung.

Biar allah jer lah yg dpt membalas apa yg dia buat kat aku & anak2. Bagi aku...orang ‘mabuk cinta’ mengambil masa untuk siuman semula. Usaha membina rumah tangga bahagia di atas kehancuran rumah tangga orang lain tidak akan berjaya.

Tiada isteri yang tidak rasa pedih dan sakit apabila perlu berkongsi kasih suaminya.. sedangkan Aisyah r.a. berasa cemburu dengan Khadijah r.a… inikan pula aku yang jauh lebih rendah martabatnya..

Liz Rohaizat said...

dear friend> Dia bukan mabuk cinta lagi dah. tapi lebih teruk dari tu sampaikan sanggup bercerai walaupun baru saja berkahwin. ni la masalah bila tak dpt berfikir dengan rasional. sabarlah demi anak-anak. kalau rasa down, ko ada aku.. ada ely, ada keluarga.. ada Allah. ingat tu!

Ely Hasrul said...

satu lagik kan... sumpah aku pon terus cam takut2 and berjaga2 sbb kawan kita bahagia.. mcm kita, laki dia pon baik mcm kite punye laki.. hishh aku seramm..

Liz Rohaizat said...

ely> mcm mana nak berjaga2. kalau dah guna cara halus, anytime boleh kena.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.