Wednesday, January 04, 2012

"Nur Amalina" itu ada ramai

Kecoh juga pasal Nur Amalina tu ye. I amati juga gambar-gambar tu. Memang nampak macam ni. Sekarang ni mak dia pun mengaku tu gambar-gambar anak dia. So kira betullah. Malah, mak dia cakap mak dia yg belikan baju tu. Erk, nak kata apa lagi.

Takpe… kita jangan kutuk dia lebih-lebih. Sebaliknya, cuba doakan agar perkara ni menyedarkan dia untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kita pun, mentang-mentang dia budak pandai dan terkenal… bila dia buat camtu, cepat je mengutuk. Ada yang sampai memaki. Sedangkan ramai je “Nur Amalina” di luar sana.

“Nur Amalina” di luar sana yang pakai baju sendat.
“Nur Amalina” di luar sana yang selamba peluk lelaki dan letak gambar di FB.
“Nur Amalina” di luar sana yang pada mulanya memakai tudung tapi sudahnya buka aurat.

Tapi orang tak heran sebab “Nur Amalina” yang macam tu tak famous. Bukan pelajar cemerlang SPM. Barangkali la.

Cuma satu yang I kesalkan. Si mak sepatutnya membimbing anak ke jalan yang betul. Sebaliknya, mak dia approve anak jadi begitu. Maknya sendiri tak kisah nak tanggung dosa si anak. Nak buat macam mana lagi?

Sayang anak tangan-tangankan.

7 scribble(s):

Irfa said...

hari semua paper citer psl dia
emm ..tak berani komen.kita pun ada anak..masa akan dtg kita tak pasti apa akan berlaku

Ila said...

hmmm,kalau mak dh tak kisah,kita doakan jelah semoga dia berubah satu hari nanti..untuk nur amalina yang lain jugak

Liz Rohaizat said...

Irfa> rasanya suratkhabar mengulas tentang berita mengatakan dia tak tamat pelajaran.

kita boleh doa agar anak kita membesar menjadi muslimin dan muslimah. ajaran Islam perlu diterapkan sejak kecil dan perlu diamalkan hingga dewasa

Liz Rohaizat said...

Ila> betul tu. kita kutuk pun bkn dpt apa. mendoakan itu lebih baik

Ely Hasrul said...

aku terdengar aje, nk baca and tgk tu xsempat..

fatt said...

pada aku selagi seseorg ingt Allah, tak buat dosa2 besar, dia masih boleh dilentur. tapi kalau dia dah minum, kongkek sana sini, main dadah, bunuh org, transform jadi jantina lain, tak percaya Allah...itu dah kes berat. so aku rasa Amalina ni masih boleh dilentur dan aku takmo syak wasangka dia dah buat dosa2 besar...

ntahla, pd aku isu ni sengaja di sensasikan. sorila aku ni opposite sikit. sbb apa tau...sbb org pakai tudung ni pun bknnnya baik dan lelaki alim pi surau dan simpan janggut pun bknlah baik. sape kita nak judge kita baik & layak masuk syurga? Allah je boleh. so instead of mghukum org yg langsung kita tak kenal luar dalam ni, bek kita cermin dulu diri kita, bkn nak kata kubur lain2, tp klu kita asik cerca & buka aib org..nti sampai turn kita jgn menganga pulak.

ni cuma pendapat aku. aku jenis tak suka kepochi hal org so mmg aku tak amik port pun klu kes2 amalina ni, cuma aku kesian sbb pas kes mamat gay tu, kita kutuk plak org lain. pasni sape plak...wait & see jelah

Liz Rohaizat said...

fatt > mcm aku ckp la fatt. daripada kita kutuk dia tak tentu pasal (sedangkan kita pun tau cerita dari org lain), baik kita doakan agar dia kembali macam dulu. ni bila kes ni keluar, ramai je yg cepat memaki. memaki tu doa. apa salahnya kita doakan yg baik2 je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.